Chapter 74 : Refining Pill

650 82 8
                                    


Keesokan harinya, seperti yang dijanjikan Hanom, gadis itu membawa Momo ke Cube 2 untuk memperkenalkan Momo kepada sifunya.

Apabila Hanom membawa Momo menjejak masuk ke dalam rumah kaca yang sangat besar itu, Momo tergamam melihat deretan tumbuhan hijau sejuk mata memandang memenuhi ruang bawah rumah kaca itu. Semerbak bau segar dedaunan hijau menusuk masuk ke hidung Momo, membuatkan mindanya terasa tenang dan lapang.

Momo melihat di antara deretan tumbuhan itu ada beberapa orang lelaki dan perempuan yang berpakaian robe yang sama dengan Hanom.

Mata Hanom meliar mencari kelibat sifunya. Melihat sifunya tidak ada di ruang bawah itu, Hanom membawa Momo menaiki tangga kayu, naik ke tingkat dua rumah kaca itu. Seperti di ruang bawah, tingkat dua juga penuh dengan pokok-pokok bunga. Namun Momo dapat lihat dengan jelas tumbuhan di tingkat ini jauh lebih berkualiti dan cantik berbanding di ruang bawah.

Dahi Hanom berkerut bila dia masih belum menemui sifunya. Baru sahaja Hanom membuka mulut hendak menyoal refiner berdekatannya, satu suara lantang ceria kedengaran.

"Selamat pagi anak-anak!!!"

Hanom dan Momo di hadapan pintu gerbang tingkat dua itu serentak menoleh.

Seorang wanita, dengan rambut diikat ekor kuda tinggi melangkah masuk dengan wajah yang segar bugar.
"Yo, selamat pagi Hanom!"

Pap!

"Uhukkk!"

Wanita itu selamba menegur dengan menepuk belakang Hanom sehingga tersedak gadis itu dibuatnya.

"Sifu..." Hanom buat wajah perit sambil menggosok belakang tubuhnya.

"Oh, ini ke budak yang kau cerita tu, Hanom?" Mata wanita itu bersinar melihat budak kecil comel berveil putih di sisi Hanom.

"Ya... " Hanom menjawab lemah sambil masih lagi menggosok belakang tubuhnya yang terasa kebas.

"Hai, aku Iris. Sifu cube ini. Apa nama kau, budak comel?" Iris bertinggung di hadapan Momo, menyoal mesra.

Momo terkedu seketika. Sangkanya semua sifu cube sudah berusia seperti peak master sect Wielder. Dia tidak sangka sifu Hanom semuda ini. Wanita itu cuma nampak tua sedikit sahaja berbanding Hanom.

"Momo. Nama Momo, Momo. Selamat berkenalan sifu. Terima kasih sebab sudi terima Momo." Dengan penuh sopan, Momo menunduk hormat kepada Iris.

Zzzzuuupp!

Iris terasa seperti jantungnya ditusuk anak panah sehingga dia memegang dadanya.

Comelnya!!!

"Okay, aku suka kau, budak! Hari ini biar aku ajar kau macam mana nak jadi refiner." Iris berkata puas sambil bangkit berdiri semula.

"Hanom beritahu aku kau tak ada asas langsung pasal refiner kan?"

Momo mengangguk.

"Tak apa. Aku akan ajar kau dari awal. Mari ikut aku." Iris mengisyaratkan dengan kepalanya supaya Momo menurutinya.

Hanom dan Momo menuruti wanita itu dengan patuh.

Langkah Iris terhenti. " Eh, yang kau ikut sekali kenapa?" Dia menjeling Hanom

Hanom terkedu. "......."

"Kau jangan fikir nak lari dari kerja kau. Kuota pill kau untuk minggu ni tak cukup lagi. Pergi, pergi!" Iris menghalau gadis itu dengan tangannya.

"Ceh." Hanom melangkah pergi dengan wajah yang cemberut. Iris menjulingkan matanya ke atas.

Macam dia tidak tahu taktik Hanom.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now