'Skill sword multiplication'.Sekali lagi hujang pedang menderu turun ke arah mereka.
Hadzuki memandang tenang kilauan ratusan pedang yang bagaikan meteor turun dari langit.
Sect master itu menghunus keluar pedangnya dan melibas udara.
PRANG!!
Bunyi ratusan pedang retak pecah berderai membingit sehingga ada yang terpaksa menutup telinga mereka.
Serpihan pedang berguguran jatuh ke tanah bagaikan salji.
Hadzuki tidak memberi peluang kepada Imperial Knight itu untuk melancarkan serangan seterusnya.
Dengan pergerakan yang sangat pantas, Hadzuki sudah meluru ke arah Imperial Knight itu.
Sewaktu jarak antara mereka masih ada lebih kurang 300 meter, Hadzuki menghayun pedangnya, melibas udara sekali lagi.
Zaappp!!
Tubuh Imperial knight yang punyai skill sword multiplication itu terbelah dua.
Aiha, Seth, Nash dan Ray ternganga.
Ilya tersengih menjungkit bibirnya.
Sena, Yuratchka, Sighart dan Kenn yang sudah lama sedia maklum kekuatan sebenar sect master genius itu masing-masing berwajah tenang sahaja.
Hadzuki, pahlawan yang menduduki jawatan sect master di usia yang muda itu, begitu jarang sekali mempamerkan kekuatan sebenarnya.
Kerana itu peak master di dalam sectnya sendiri selalu memandang rendah dan tidak menghormati Hadzuki.Tiba-tiba sebilah pedang gergasi termanifestasi di udara dengan mata pedangnya menghala ke langit.
Imperial knight terakhir yang berbaki telah menggunakan skill sword magnification miliknya.
Pedang tersebut mula jatuh ke hadapan, menjunam turun laju ke arah tembok tempat Hadzuki dan semua teman seperjuangannya berada.
Hadzuki memerhati dengan pandangan mata yang tajam pedang tersebut jatuh turun ke arah mereka. Dia yang berdiri di hadapan sekali.
Aiha meneguk air liur penuh debaran.
Apabila bilah pedang gergasi tersebut cuma tinggal sedepa saja dari mereka, Hadzuki melibas pedangnya.
Pedang besar itu terpelanting jauh,
BAMMMM!Terpacak ke dalam tanah hutan jauh dari benteng kota Cansha Valley.
KRAKK.
Pedang tersebut retak seribu.
PRANG.
Dan akhirnya hancur berderai menjadi habuk.
Hadzuki segera melompat meluru ke arah satu-satunya Imperial knight yang tinggal itu.
Imperial knight itu tahu pedang Hadzuki mampu membelah apa sahaja dalam jarak tertentu daripada lelaki itu.
Dia segera melompat ke belakang menjarakkan dirinya dari Hadzuki.
Pedangnya dilepaskan dari pegangan tangan, melayang ke arah Hadzuki.
Imperial knight itu mengawal pedangnya dari jauh, menyerang Hadzuki bertubi-tubi dengan sangat pantas.
Hadzuki berkerut apabila serangan bertubi-tubi Imperial knight itu ada yang berjaya mencederakannya.
TING!!!
Dua pedang berlaga membingit.
Hadzuki meningkatkan kekuatan tangannya yang menahan pedang Imperial knight itu sehingga urat-urat mula timbul pada dahi dan lengannya.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...