P/s: Tahniah reader yg berjaya teka!(b ᵔ▽ᵔ)b
Kabus putih yang mengelilingi mereka semakin lama semakin tebal.
Tidak lama kemudian, pekikan kesakitan beast-beast yang meremangkan bulu roma kedengaran di sana sini disertai oleh satu lagi bunyi asing.
Bunyi derapan kuda.
Senyuman Haraki terkoyak lebar.
Apabila kabus tebal yang ada perlahan-lahan mula beredar, satu susuk tubuh tinggi lampai dengan veil putih mengelubungi tubuh itu kelihatan di tengah-tengah gelimpangan bangkai-bangkai beast.
Lelaki itu berambut hitam pendek dengan riak wajah beku pada mukanya yang putih pucat.
Di belakang lelaki itu juga, sedikit demi sedikit mula kelihatan di sebalik kabus, beberapa ekor stallion putih dan kelabu.Mata Nan hen membesar.
Ini.... Clan Stallion?!
Clan yang selama ini menyembunyikan dirinya kini memunculkan diri untuk menyelamatkan sebuah perkampungan manusia?!
Haraki melangkah dengan tenang ke arah lelaki berveil putih itu.
Lelaki berveil putih itu menunduk kepada ketua kampung yang meniup wisel tadi. Gayanya nampak penuh hormat kepada ketua kampung itu.
"Wistalia, terima kasih kerana membantu kami lagi." Ketua kampung itu berkata dengan senyuman lebar sambil menepuk-nepuk bahu lelaki berveil putih itu.
Kemudian dia berkata, "Hey, kau dah makin tinggi."
Satu senyuman nipis terukir di wajah beku lelaki itu. Kemudian dia berpaling apabila perasan Haraki yang mendekatinya.
Melihat lelaki tinggi lampai dengan rambut hitam lurus panjang yang diikat ekor kuda tinggi itu dan sepasang mata zamrudnya, satu bayangan muncul di benak Wistalia.
Wistalia terus tunduk melutut sebelah kaki di hadapan Haraki.
Haraki tergamam seketika. Dia tidak sangka dia belum sempat berbuat apa lagi lelaki ini sudah dapat mengecamnya sebagai emperor beast.
"Selamat bertemu, Tuanku." Ucap Wistalia.
"Kau ketua clan Stallion?" Soal Haraki.
Wistalia mengangguk. "Nama aku Wistalia." Ujarnya.
"Okay, bangun, bangun." Haraki tidaklah berapa gemar apabila beast-beast melutut di hadapannya.
"Nama aku Haraki. Macam mana kau tahu aku emperor beast yang baru?" Soal Haraki ingin tahu.
Wistalia tersenyum. "Sebab rupa dan gaya tuanku sangat serupa dengan Emperor Caesar."
"Oh, kau pernah bertemu dengan ayah aku?"
Wistalia mengangguk. "Sewaktu aku masih kecil, emperor Caesar pernah datang melawat penempatan kami."
Nan hen dan tiga 'anaknya' sudah berjalan ke sisi Haraki.
"Ini ketua clan stallion?" Nan hen menyoal Haraki rendah."Umm."
Wistalia memandang Nan hen dan budak-budak kecil bersamanya. "Ini... isteri dan anak-anak tuanku?"
Nan hen terus ternganga tak terkeluar suara.
"Pfft. Hahahahaha!" Haraki pula ketawa besar.
Wajah Nan hen berubah merah padam kerana marah dan malu. Ini kali pertama ada orang menyangkanya perempuan. Walaupun sebenarnya tidak salah sangkaan itu.
Belum sempat Nan hen bersuara hendak menyangkal, Haraki terlebih dahulu bersuara. "Ini Nan hen, kawan aku. Anak Hakk dari clan Phoenix. Budak-budak kecil ini adalah anak angkat dia."
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...