Chapter 128

515 59 5
                                    


Dagger milik Zeyan menusuk dalam, menembusi dada Lao.

Kemudian dagger daripada darah itu melebur, mengalir ke dalam luka pada tubuh Lao.

Dan tanpa siapa yang tahu, di dalam salur darah Lao, dagger darah yang melebur itu, bercampur dan bersatu dengan darah Black Panther itu.

Di akhir nafasnya, mata Lao yang berwarna merah berdarah berubah jelas semula.

….……

Apa yang Lao tahu, sakit kepala yang dirasakannya buatkan dia bagai ingin gila.

Dan selepas itu, dia tidak ingat langsung apa yang berlaku.

Sehinggalah apabila dia mendapat kewarasannya semula, perkara pertama yang dirasainya adalah sakit yang amat pada dadanya.

Mata Lao terbeliak memandang lelaki dengan mata hijau zamrud persis boss besarnya yang sedang merenungnya dingin dari atas.

Kemudian pandangannya jatuh pada seorang gadis di sisi lelaki itu yang menggerakkan tangannya di udara.

Serentak itu, dinding-dinding batu yang mengelilingi mereka turun masuk ke dalam tanah semula.

Akhir sekali, mata Lao terhenti pada dadanya yang basah penuh dengan darah.

'Ahh.. Patutlah dia rasa sakit..'

Akhirnya Lao tidak mampu lagi bertahan dan memejamkan matanya.

….………

Dalam pada masa yang sama, di Gunung Montreal.

Momo yang sedang menjamah makanan tengah hari mereka tiba-tiba membesarkan matanya.

Ikatan kontrak yang dijalinkannya dengan Lao, membolehkan Momo mengesan yang contract beastnya dalam bahaya!

Momo terus bangun mengeja nama Lao di tangannya sambil berseru,

“Lao!”

Satu lingkaran cahaya terang muncul di hadapan Momo. Enkidu dan Aries terpinga-pinga melihat apa yang berlaku.

Seekor Black Panther dalam keadaan pada tubuhnya terdapat satu luka besar yang berlumuran darah tiba-tiba muncul di dalam lingkaran cahaya tersebut.

“Lao!” Mata Momo terus berair melihat kecederaan parah teman beastnya itu.

“Lao?!” Enkidu terus menumbuhkan beberapa jenis pokok herba yang melilit dan membalut luka pada tubuh Lao.

“Kecederaan dia terlalu teruk. Apa yang sebenarnya dah berlaku?” Enkidu berkata dengan wajah berat.

Momo dengan mata yang merah terus tanpa teragak-agak melafazkan spellnya.

“Atas arahan Momo dari clan Ikkigai, biar kecederaan pada badan Lao sembuh dengan izin Tuhan!”

Berlapis-lapis lingkaran cahaya keemasan mengelilingi tubuh Lao. Dan luka besar pada badan beast itu perlahan-lahan mula mengecut. Darah yang tadinya tidak henti-henti mengalir dari luka itu juga mula kering dan membeku.

Sehingga akhirnya luka yang sebelum ini begitu besar hilang tanpa kesan langsung. Tubuh Black Panther itu juga bertransformasi ke rupa manusianya.

Enkidu dan Aries serentak menghela nafas lega.

“Lao! Bangun, Lao!” Momo menggoncang tubuh Lao tidak sabar. Lao akhirnya perlahan-lahan membuka matanya.

Lelaki itu meraba dadanya tidak percaya. “Aku… Hidup lagi? Macam mana luka aku boleh hilang?”

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now