"Masalahnya budak ni adalah beast."
Kata-kata Haraki terus buatkan kuih manisan di tangan Sena jatuh terlepas ke ribanya.
"Mustahil! Aku nampak dengan mata aku sendiri dia gunakan soul force!" Sena terus bangkit berdiri membantah.
Haraki memicit dahinya. "Sena, budak ni ahli clan phoenix. Dia ada aura yang dimiliki oleh semua beast."
Sena memandang Nan Hen tidak percaya, seolah-olah meminta lelaki itu membuktikannya.Nan Hen mengangguk mengiyakan kata-kata Haraki. Dia terus melepaskan sedikit aura beastnya.
"Hahhh!" Sena terus terduduk di kerusi mencengkam dadanya yang terasa sempit. Tidak salah lagi, ini memang aura beast. Aura beast yang bukan berlevel biasa-biasa pula tu!
Lao di sebelah Haraki pun sudah berpeluh-peluh menerima tempias aura Nan Hen. Hanya Momo dan Haraki saja yang beriak biasa.
Nan Hen menyembunyikan semula auranya.
Sena mengesat peluh di dahi. Dia menjeling anak muridnya Momo yang selamba menyuap kuih yang entah sudah bilangan ke berapa ke dalam mulutnya. Budak ini....
"Tapi.. Aku memang nampak sendiri yang Nan Hen gunakan soul force dia untuk buat cincin tu.." Sena menggumam sendiri, mengurut dagunya.
Nan Hen memandang Sena dan Haraki silih berganti. Dari tadi dia tidak faham apa yang didebatkan oleh mereka berdua.
"Pss.. Momo. Soul force tu apa?" Dia menyoal Momo. Budak kecil ini dari tadi lagi hidup dalam dunianya sendiri dengan kuih manisannya itu.
"Soul force tu.. urm.. soul force tu.. umm.." Berkerut-kerut dahi licin Momo cuba untuk menerangkannya kepada Nan Hen.
Melihat keadaan tuannya itu, Lao cuma mampu mengeluh. "Macam aura yang dimiliki oleh beast, manusia ada satu kuasa yang tersimpan di dalam badan mereka yang dikenali sebagai soul force. Mereka menggunakan soul force untuk berlawan, mencipta barang dan pil." Terang Lao ringkas tetapi padat.
"Oh..." Nan Hen mencerna kata-kata Lao. Lama dia diam sebelum kerut-kerut kecil mula timbul di dahi putih bersihnya.
"Mustahil! Aku beast, bukannya manusia!"
Sepuluh saat kemudian, bagaikan kereta api yang terlepas, baru Nan Hen berdiri membantah.Yang lain, "................."
Reaksi lelaki ini lambat sungguh!
"Mungkin Nan Hen macam boss besar. Berdarah separuh beast separuh manusia." Lao mengajukan pendapatnya.
Haraki terdiam seketika bila dia teringat memori lama di masa kecilnya.
Haraki memandang Nan Hen. "Kau tahu siapa ibu kau?"Nan Hen terdiam seketika, melabuhkan punggungnya kembali di kerusi.
"Aku tak pernah jumpa ibu aku. Ayah kata dia mati waktu lahirkan aku. Ayah kata, ibu aku beast dari clan yang asing. Spesisnya jarang dijumpai. Tapi dia tak pernah beritahu aku beast apa. " Tutur Nan Hen jujur.Nan Hen mengelus dagunya.
Tak.. Mustahil.. Ibunya bukan manusia. Ibunya mesti seekor beast. Jika tidak, macam mana Nan Hen hendak menjawab persoalan mengenai asal kuasanya?Kuasa beast yang dimiliki olehnya jelas sekali bukan milik clan phoenix. Selama ini, Nan Hen menyangka yang dia mewarisi kuasa beast yang dimilikinya dari ibunya.
Andai ibunya adalah seorang manusia, maka dari mana dia mewarisi kuasa beastnya sekarang?Sena yang dari tadi cuma mendengar mengangkat keningnya.
"Ohho, Haraki.. Aku tak pernah pula tahu yang kau berdarah separuh beast separuh manusia. Menarik!" Mata Sena bersinar teruja. Ini kali pertama dia mendapat tahu hal ini. Beast boleh berkahwin dengan manusia?
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
Viễn tưởngDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...