Chapter 93 : Kejatuhan Kota Qan'an

478 55 3
                                    


"Budak tu kat sini!!"

Satu laungan kedengaran daripada belakang Momo.

Dua puluh orang Wielder muncul dengan pedang di tangan mereka. Mereka terus mengelilingi Momo yang sedang memangku Lao yang terkulai layu di tanah.

Seorang lelaki dengan sebilah scimitar di tangan yang bergaya seperti ketua dari lagaknya menjadi yang terakhir sekali berjalan muncul.
W

ajah lelaki itu terkoyak senyuman lebar melihat Momo.

"Teman-teman, ganjaran dari emperor itu bakal jadi milik kita!" Dia ketawa besar diikuti oleh teman-temannya.
Momo memandang mereka tajam. Kali ini, dia yang akan melindungi Lao!

Lima sparrow dart yang dikawal oleh soul forcenya terus melayang keluar dari saku Momo dan berpusing di udara.

Sparrow dart yang seolah-olah bernyawa itu kemudiannya terbang laju menyerang wielder-wielder yang ada.

"!!!" Wielder itu terus menggunakan pedang mereka untuk memusnahkan sparrow dart itu.

Namun sembilan orang sempat tumbang dicederakan oleh muncung tajam dart yang berbentuk sparrow itu.

"Hahahaha! Budak, senjata kau ni boleh tahan menarik." Lelaki berscimitar itu membelek salah satu sparrow dart Momo yang sudah dirosakkannya di tangan.

"Biar aku tunjukkan kau ciptaan aku pula." Lelaki itu memberi isyarat kepada teman-temannya. Rupa-rupanya, di antara semua wielder yang ada, dia adalah seorang Artificier.

Artificier itu dan sebelas orang lagi Wielder berbaki yang melindungi Momo, ke semuanya mengeluarkan sesuatu dari saku baju mereka yang berupa sebuah pisau kecil yang unik ukirannya.

Mereka mengaktifkan pisau di tangan masing-masing dengan soul force mereka, sehingga pisau tersebut naik terapung tinggi di udara, membentuk satu bulatan pisau yang mengelilingi Momo.

"!!!" Mata Momo terbeliak apabila satu lingkaran cahaya muncul mengelilinginya dan Lao.

Kemudian Momo merasakan soul forcenya meresap keluar dari badan dengan kadar yang sangat pantas.
Satu tubuh Momo terus terasa lemah.

Apa spell yang perlu dibacanya? Apa spell yang pernah Sifu dan Henhen ajarkan kepadanya?
Fikiran Momo terasa berat.

"Hahahaha! Macam mana, alat ciptaan aku ni hebat kan?" Lelaki bsrscimitar itu ketawa besar. Dia sudah melangkah menghampiri Momo.

"B-bos!"
Salah seorang wielder yang ada tiba-tiba menjerit terkejut.

"Eeeekkk!!!"
Seekor phyton yang sangat besar dan bersisik kuning hijau berkilau muncul entah dari mana.

"Beast!!"
Semua wielder-wielder yang ada terus menghunus pedang mereka dengan bersemangat untuk mengelar beast phyton itu.

"Nanti dulu!" Artificier itu menjeling jade pengesan di sisi pinggangnya. Beast ini jelas sekali bukan berlevel biasa-biasa! Dan warna sisiknya juga berbeza berbanding beast phyton biasa.

Namun, wielder-wielder yang dibakar kebencian terhadap beast itu tidak mendengar tegahannya. Mereka terus meluru ke arah phyton itu.

"Eeeeekkk!!!"

Sisik pada tubuh phyton itu tiba-tiba meledak ke udara, bagaikan peluru yang meluncur laju mengenai setiap wielder yang berada berhampirannya.

"Argghhh!!" Sisik itu tidak sebesar mana, tidak juga memberikan mereka luka yang dalam. Namun wielder-wielder yang terkena sisik tersebut melihat satu tubuh mereka berubah ke warna hitam dengan kepantasan yang boleh dilihat anak mata.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now