Ice Village.
Dataran yang selalunya menjadi tempat latihan Ice Kingsmen bertarung itu kini penuh dengan pengunjung yang terdiri daripada Ice kingsmen dan tidak ketinggalan juga sekelompok Flame Kingsmen yang sederhana saiz kumpulan mereka.
Masakan tidak, meskipun Flame Tribe terkenal dengan kegilaan mereka terhadap pertarungan, mereka sudah lama tidak melihat King mereka berlawan.
Cumanya, tidak ada antara mereka yang tahu asal dan identiti lawan King mereka kali ini.
Ice Kingsmen pula sedikit terpinga-pinga. King mereka tidak terlibat dengan perlawanan hari ini, jadi mengapa Flame King dan lelaki entah siapa ini mengadakan perlawanan mereka di perkampungan Ice Clan?
Namun, melihat King mereka yang turut ada di situ sebagai penonton, tidak ada yang berani menyuarakan kehairanan mereka. Lagipun, mereka sendiri teringin untuk melihat sendiri kekuatan Flame King yang selalu dibangga-banggakan oleh Flame Tribe.
"Momo," Haraki mendekati Momo yang duduk di antara Enkidu dan Nan Hen di barisan hadapan tempat penonton.
"Kau tak nak bagi aku apa-apa ke sebagai pembakar semangat? Aku nak lawan dengan lelaki api tu untuk kau ni." Haraki menyoal Momo dengan senyuman.
"Ummm.." Momo berfikir sejenak sebelum dia mencari-cari sesuatu dari beg pengembaraannya.
Haraki melihat Momo mengeluarkan sebiji pau dan membelah pau itu kepada dua.
"Nah, Aki." Momo tersengih menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun cantik sambil menghulurkan separuh pau tersebut kepada Haraki.
Haraki menjungkit keningnya dan tidak pula mengambil pau itu dari tangan Momo.
"Separuh je? Macam mana ni Momo, aku rasa tak yakin pula nak kalahkan Flame King tu. Kalau kau bagi aku dua-dua bahagian, mungkin aku akan rasa lebih yakin dan bersemangat untuk kalahkan dia." Haraki berkata dengan tujuan mengusik.
Momo memandang ayah angkat di hadapannya dan pau di tangannya silih berganti.
Akhirnya dia berkata dengan wajah serius, "Aki, Momo percaya Aki boleh kalahkan dia punya. Separuh pau ni je pun dah cukup untuk Aki kalahkan dia. Aki boleh!"
Momo siap menjulang penumbuknya, bersorak memberi semangat kepada Haraki."Pffft." Haraki tergelak. Bukan dia tidak tahu yang Momo berat hati hendak memberi pau kegemarannya itu.
"Okay Momo. Aku percaya dengan kata-kata kau." Dia mencapai satu bahagian pau yang dihulurkan Momo.
"Henhen, kau tak nak bagi aku pembakar semangat ke?" Haraki menyoal pula kepada Nan Hen di sebelah Momo sambil mengunyah pau di tangannya. Senyuman nakal bermain di bibirnya.
Nan Hen menjulingkan matanya ke langit.
Sekali lagi Haraki tergelak."Okay! Terima kasih kepada pau dari Momo dan kerlingan manja dari Henhen, sekarang aku yakin aku boleh kalahkan dia." Haraki menepuk otot bicepnya.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...