Chapter 54

515 83 16
                                    

*Author's Note: Just a quick review ttg Reversed Blood Clan (atau blh baca blk dlm chapter 'Pure Breed'). Reversed Blood Clan adalah clan beast jenis Shadow Fox yang ada kelebihan darah mereka boleh melumpuhkan kuasa semua beast kecuali Emperor Beast. Hanya ahli clan tersebut saja yg blh mengembalikan semula kuasa beast yang yg telah dilumpuhkan.

"Ataupun juga dikenali sebagai 'The Reversed Blood Clan'."

Haraki terkejut mendengarnya. Shadow fox adalah salah satu clan keturunan Supreme beast.
Bagaimana mereka, kaum manusia boleh memperoleh darah beast tersebut?

"Darah daripada beast clan ini boleh mengunci aura beast walau sekuat mana sekalipun beast tersebut." Tutur Edward lagi.

"Okaylah. Aku tak boleh berlama-lama. Aku kena bawa budak ni berjumpa tuanku Razhael." Edward berjalan menghampiri Momo.

Lao segera melindungi Momo di belakangnya.

Edward yan baru hendak membuka mulutnya bersuara tiba-tiba mengelak ke tepi apabila Haraki menyerangnya dari belakang. Haraki terus berdiri di hadapan Lao dan Momo.

Kening Edward terangkat tinggi.

"Aku tak sangka kau masih mampu berdiri walaupun aura kau telah dikunci."

Haraki diam tidak berkata apa, masih teguh melindungi Momo dan Lao.

Edward tidak tahu yang dia berdarah separuh beast dan separuh manusia.
Meskipun aura beastnya telah dikunci, dia masih lagi memiliki soul force.

"Cast. Bind." Edward bersuara.

"!!!!!!!!!"

Tubuh Haraki, Momo dan Lao terus menjadi kaku.

Edward memanjangkan tangannya hendak mencapai Momo.

"Hey, jangan sentuh budak tu."
Satu suara menghentikan pergerakan Edward.

Edward, Haraki, Momo dan Lao serentak melihat ke arah suara tersebut.

Seorang lelaki beruniform putih dengan wajah tampan menggoda, rambut perangnya beralun lembut dibuai angin dan sepasang mata kuning keemasannya yang unik mepesonakan berjalan tenang ke arah mereka.

Mereka semua kenal lelaki itu.

Setiausaha General Imperial Knight, Alexis!

"Mighty Wielder Alex, apa tuan buat di sini? Aku Edward, wakil yang dihantar Emperor Razhael untuk bawa budak ini menghadap baginda." Edward menuturkan sambil menunjukkan cap mohor Razhael yang dibawanya.

Namun Alex tidak berminat langsung untuk menjeling melihat.
"Aku tak benarkan kau bawa budak ni." Tuturnya bersahaja.

Wajah Edward berubah tegang. "Tuan Alex, ini arahan tuanku Razhael."

Alex selamba menjungkit sebelah keningnya. Riak wajahnya cukup mengisyaratkan,
'Ada aku kisah?'

Edward mula hilang sabar. Dia membuka mulutnya bersuara,
"Cast. Bind."

Tubuh Alex menjadi kaku.

Edward tersenyum senang. Dia mengangkat jarinya untuk menyentuh dahi Alex bagi mengenakan spell Enchantment 'Sleep' seperti yang digunakan kepada Nash.

"Cast. Sl-"

"Dispel ." Bicaranya dipotong oleh suara Alex. Cincin sacrifice ring yang mengelilingi Alex daripada spell 'Bind ' tadi hilang begitu sahaja.

Mata Edward terbeliak. Mustahil!
Edward teranjak beberapa langkah ke belakang kerana terlalu terkejut.

"Cast. Grav-"

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now