Nash melangkah keluar dari perpustakaan di dalam bangunan pejabat miliknya setelah seharian berkurung di dalamnya membuat pembacaan tentang beast.Kebelakangan ini, dia sedar bahawa pengetahuan manusia tentang beast sangatlah sedikit.
Manusia selalu dikuasai ketakutan terhadap beast, namun jarang sekali hendak menyelidik sifat sebenar makhluk bernama beast ini.Nash mengurut batang hidungnya manakala sebelah lagi tangannya mengurut belakang leher yang terasa lenguh.
Mindanya terasa penat. Dia bukannya seperti Seth yang gila membaca. Sekali apabila dia membaca, selepas itu mulalah kepalanya terasa berat.Nash mengatur langkah kakinya yang panjang menyelusuri bangunan pejabat yang didudukinya dengan Seth.
Setiap Imperial Knight memiliki pejabat sendiri di domain jagaan mereka. Dia dan Seth telah bersetuju untuk berkerjasama menggabung domain jagaan mereka dan menjaganya bersama-sama. Kerana itu dia dan Seth berkongsi bangunan pejabat yang sama.Sebaik sahaja Nash menolak pintu bilik pejabatnya, matanya jatuh pada satu susuk tinggi lampai berpakaian putih, dengan rambut lurus panjang beralun jatuh melepasi pinggang yang sedang santai duduk bersilang lutut di atas meja pejabat miliknya sambil mengunyah sebiji epal.
"Yo, Nash." Lelaki itu menyapanya ceria.
Nash rasa hendak tercabut biji matanya melihat keberadaan lelaki itu di bilik pejabatnya.
"Sifu! Sifu buat apa kat sini?!" Dia terus melangkah masuk dan menutup rapat-rapat pintu pejabatnya.
Dia mendekati Enkidu dengan wajah cemas."Kalau ada orang perasan Sifu ni beast waktu Sifu berjalan ke sini tadi macam mana?" Risaunya tidak mampu disembunyikan.
"Jangan risau. Sifu reti sembunyikan aura Sifu." Enkidu menjawab bersahaja.
Namun tiba-tiba wajahnya serius. "Tapikan Nash, Sifu rasa kau patut pasang apa-apa barrier di sekeliling pejabat kau ni. Kalau orang jahat pecah masuk macam mana?" Enkidu berkata dengan nada prihatin. Senang sangat dia hendak masuk di pejabat Nash ini tadi.
"................"
Nash terdiam.
Nanti dulu.
Nash baru teringat sesuatu.
"Sifu, macam mana Sifu masuk ke sini tadi?"
"Ikut tingkap." Enkidu menjawab jujur, menunjuk pada tingkap pejabat Nash yang terbuka.
"Macam mana Sifu masuk?" Nada suara Nash makin dalam. Hatinya rasa tak sedap.
Perasaan yang sama waktu Haraki memusnahkan senjata pisau miliknya dahulu."Ikut tingkap." Masih lagi jawapan yang sama. Dahi Enkidu berkerut bila Nash menyoalnya soalan yang sama.
Lidah Nash kelu.
Ya, tapi maksud soalannya adalah macam mana Sifu boleh masuk ikut tingkap ke dalam pejabatnya begitu sahaja sedangkan ada barrier first class primary level yang mengelilingi bangunan ini?!Semua orang maklum yang barrier mempunyai level-level tertentu mengikut kualiti dan keampuhan pertahanan mereka.
Dari low level, mid level, foundation level dan primary level, primary level adalah barrier dengan keampuhan tertinggi! Dan dalam setiap level ada first class, second class dan third class.
Barrier primary levelnya adalah jenis first class!
Dengan hati kacau bilau, Nash melangkah ke tingkap pejabatnya.
Kemudian lelaki itu mengangkat penumbuk kanannya ke paras dada dengan dua jari telunjuk dan jari tengahnya ditegakkan. Soul forcenya disalurkan ke hujung jari, kemudian tangannya dihulurkan panjang ke hadapan.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...