“Sena, jeng, jeng, jeng!” Dengan penuh semangat, Momo menayangkan di hadapan sifunya seutas rantai loket batu yang tergantung di tangannya. Ini rekaan terbarunya yang ingin ditunjukkan kepada Sena.Sena memandang rantai di tangan Momo itu. Pada loket batunya, terdapat patung kecil diperbuat daripada logam yang diukir menjadi bentuk seekor naga. Naga tersebut memeluk erat loket batu itu.
“Jadi? Apa fungsi rantai ini?” Sena menunjukkan minat.
Momo memejamkan matanya. Soul forcenya dialirkan kepada loket batu tersebut. Tidak lama kemudian, naga pada loket batu tersebut tiba-tiba bergerak, melompat turun dari batu tersebut dan merayap ke atas meja di hadapan mereka!
Momo mengalirkan lebih banyak soul forcenya ke batu tersebut dan naga kecilnya mula bertambah saiz sehingga menjadi sebesar seekor arnab dewasa.
“Tengok ya ni,” Momo mengeluarkan dari uncang dimensinya, beberapa bongkah besar batu dan juga logam.
Naga tersebut merangkak ke arah bongkah tersebut, dan dengan lahap mengunyah bongkah-bongkah tersebut dengan giginya, masuk ke dalam badan! Sehingga akhirnya licin ke semua bongkah batu dan logam tersebut. Kemudian dengan arahan daripada Momo, naga tersebut memuntahkan semula semua logam dan batu yang dikunyahnya dalam keadaan baik seperti sebelumnya, namun kali ini logam dan batu tersebut dalam bentuk serbuk.
“Hebat,” Sena tersenyum kagum dengan pencapaian anak muridnya itu. Dengan naga kecil ini, Momo tidak perlu lagi bersusah payah melakukan kerja menggali dan memproses batu dan logam. Malah naga ini juga boleh digunakan untuk melepasi benteng pertahanan.
“Apa kekuatan maksimum yang boleh dihadam naga ini?” Sena menjungkit kening menyoal.
Momo tersenyum lebar mengeluarkan sebongkah adamantium daripada uncangnya.
Kening Sena terangkat tinggi melihat naga kecil Momo mengunyah bongkah adamantium itu. Adamantium merupakan logam terkuat di dunia ini!
Dia ketawa senang. Puas hati dengan ciptaan terbaru Momo itu. “Bagus, Momo. Macam inilah anak murid sifu.” Dia mengusap kepala Momo.
“Seorang artificier perlu berjiwa bebas. Akal mereka di luar jangkauan. Mereka sentiasa mencari idea, mereka ciptaan baru di luar kotak fikiran. Mereka sentiasa berfikir. Mencari penyelesaian kepada masalah-masalah.
Artificier seorang yang pemalas. Mereka sentiasa memikirkan apakah jalan termudah untuk melakukan sesuatu perkara yang rumit.” Tutur Sena.
“Momo nak tengok ciptaan sifu?” Sena tersenyum menyoal. Momo terus mengangguk laju. Dia tahu sifunya itu bukan artificier biasa-biasa, ilmunya dalam bidang artificier sangat tinggi. Sifunya itu tahu perihal segala jenis elemen dan bahan semula jadi yang ada di dunia itu. Seni reka dan ukirannya juga sangat kemas, halus dan berkualiti tinggi.
Sena menyinsingkan kedua belah lengan bajunya, menyerlahkan pada kedua belah lengan itu satu lambang bercorak panjang merentasi lengannya. Sena mengalirkan soul forcenya ke corak itu, dan lambang tersebut terus bercahaya. Daripada dua lambang di lengannya itu, keluar sepasang sirip tajam.
“Wahhhh,” Momo ternganga kekaguman.
Sena tersenyum melihat reaksi anak muridnya itu. “Ini namanya Material Seal. Sebenarnya sifu bukan orang pertama yang dapat idea ini. Seal ini sifu dapat ilham daripada seal rekaan Emperor sebelum ini, Emperor Harlen. Baginda berjaya mencipta satu seal yang boleh dimaterialisasikan menjadi sepasang kepak. Tapi tak ada siapa yang berjaya meniru rekaannya itu. Sealnya itu cuma ada satu sahaja di dunia ini, iaitu pada badan Emperor sendiri.
Sifu ada juga cuba untuk menghasilkan seal tersebut. Tapi mencipta seal sayap yang boleh menerbangkan manusia jauh lebih sukar daripada seal yang sifu hasilkan ini.” Kongsi Sena.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...