Chapter 60

495 78 2
                                    


"Razhael, aku tak akan maafkan kau sebab bunuh Caesar." Suara Harlen dingin beku.

Sebaik sahaja dia keluar dari Iseria, destinasi pertama Harlen adalah Albergerez untuk mencari Caesar.
Namun hatinya remuk apabila mendapati kediaman Caesar kosong. Tiga ekor Imperial beast milik Caesar juga tidak kelihatan.

Apa yang dia temui adalah kesan saki baki pertarungan sengit yang jelas berlaku di kawasan kediaman Caesar.

Dikuasai amarah, Harlen terus mencari Razhael.

Razhael ketawa perlahan. "Harlen, bukankah ini semua salah kau? Kalau kau tak menghilangkan diri, Caesar takkan mati dibunuh. Dia mati sebab kau."

"Kau yang sebarkan fitnah yang dia bunuh aku! Kau yang kumpulkan orang-orang untuk bunuh dia! Kenapa kau kena libatkan dia? Ini antara kita!" Suara Harlen keras membentak.

"Aku perlukan kambing hitam. Siapa lagi yang cukup kuat untuk membunuh Harlen kalau bukan Emperor Beast Caesar? Lagipun Harlen, kau betul-betul yakin ke manusia dan beast boleh saling hidup bersama dengan damai?" Razhael bersuara tanpa rasa bersalah.

"Kau-"

Bicara Harlen terhenti apabila sebilah pedang menembusi dadanya dari belakang. Tepat di bahagian jantung.

"Uhukkk!!" Harlen terlutut terbatuk darah. Darah merah mengalir keluar dari luka besar pada dada kirinya. Mencemari tanah di hutan Albergerez itu.

Siapa? Siapa yang mampu mencederakannya dari belakang tanpa dia sedari langsung?

Harlen mendongak untuk melihat wajah penyerangnya dan dia terus tergamam melihat wajah yang sudah dua puluh sembilan tahun tidak ditemuinya itu.

"Za-Zaizen?" Matanya membesar.

Zaizen tunduk bertinggung di hadapan Harlen.

"Harlen, aku gembira kau masih ingat aku." Zaizen menyentuh wajah Harlen.
Pandangan Harlen semakin kabur.

"Kenapa?"

Zaizen tersenyum. "Jangan risau, Harlen. Lepas ni kita tak akan terpisah lagi."

Harlen terdiam seketika sebelum dia tersenyum. Senyuman yang nampak lemah di wajahnya yang pucat.
"Aku lega kau tak apa-apa.."

Harlen terus rebah tersungkur ke tanah.

Terlayar di fikirannya wajah risau isterinya, Akari.
'Maaf, Akari.'

Dia tidak berjaya memenuhi janjinya.

Kemudian terlayar pula ketawa comel anaknya, Momo yang berusia tidak sampai setahun itu.

"Momo...."
Ah, nampaknya dia tidak sempat untuk melihat anaknya membesar.

____

Memori Harlen tamat di situ.

Momo mengangkat wajah memandang Haraki. Mata budak kecil itu sudah merah berair.

" Hey, Momo."

Dua tangan Harlen mengendong si kecil Momo yang terkelip-kelip memandangnya.

"Aku kena pergi selesaikan urusan aku. Aku.. tak tahu lagi sama ada aku akan dapat balik sini semula atau tak." Harlen tersenyum pahit.

Hatinya terasa bukan main berat.

Namun di kala itulah, si kecil Momo mengangkat kedua belah tangannya, menepuk-nepuk pipi ayahnya lembut dengan tangan kecilnya.

"Pa~pa~"

".........hahahaha." Terlepas ketawa kecil Harlen. Dia terasa bagaikan anaknya itu sedang memujuknya.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now