Serentak itu, satu piring cahaya besar terbentuk di langit, di bawah biji mata gergasi.
Kemudian, naik keluar dari piring cahaya yang berlohong besar di tengahnya itu, tubuh seekor blood monster gergasi yang berbadan tegak seperti manusia namun berkepala naga dengan tanduk tebal di kepala.
Haraki tersenyum mengusap kepala Nan Hen lembut. "Jangan risau, sekarang masa untuk kau berehat. Biar aku yang selesaikan Two Face." Haraki mencium dahi isterinya sebelum wajahnya dipalingkan, merenung dingin ke arah blood monster Eve milik Two Face.
"Habiskan dia," Dia memberi arahan kepada blood monster gergasi miliknya.
Dengan separuh badannya yang keluar dari piring cahaya itu, blood monster berkepala naga milik Haraki mengangkat tangannya yang memegang sebilah blood sword.
Blood monster gergasi itu terus menghayunkan pedangnya, membelah biji mata di atasnya.
"NGHHHHH!!!" Pekikan kesakitan biji mata gergasi itu membuatkan gegendang telinga mereka bagaikan ingin pecah.
Air mata darah mencurah keluar dari kornea mata gergasi itu yang terkoyak, dan hendak menimpa bumi.
Haraki memetik jarinya. Darah yang jatuh di udara itu terus tersejat menjadi wap dalam sekelip mata.
Dalam pada masa yang sama, mulut Haraki menyeru,
"Ryukan,"
Bayang hitam menderu keluar dari belakang tubuh Haraki, dan membentuk rupa seekor beast sebelum akhirnya termaterialisasi menjadi seekor jasad naga yang sangat besar.
Imperial beast, Ryukan.
"Selesaikan dia," Haraki memberi arahan kepada Ryukan sambil menunding telunjuknya ke arah naga besar milik Ennith.
"ROAGHHHHHHH!!!!" Ryukan mengaum. Pekikannya menggegak gempita menyatakan kesediaannya.
Naga itu terus mengembangkan sayapnya dan terbang ke arah naga Ennith.
Dua naga saling bertembung dan bertarung. Pekikan dan ngauman bengis mereka menggegar suasana.
Tanpa memberi fokus pada perlawanan Ryukan, Haraki berpaling memandang ke arah Two Face.
"Hey, kenapa kau langgar janji kau? Bukan ada lagi dua hari berbaki ke? Kelam kabut tau aku dibuatnya." Rungut Haraki santai sambil menggeliatkan batang tengkuknya.
Kemudian, tanpa menunggu jawapan Two Face, Haraki meniupkan satu hembusan api Phoenix sacred fire daripada mulutnya. Api itu terus terbakar menyala menjadi api yang besar dan membentuk rupa seekor phoenix gergasi.
Bahang panasnya terasa ke seluruh bumi di bawahnya.
Phoenix api yang dilepaskan Haraki terbang ke udara, menuju ke arah pusaran gergasi Two Face dan membaham semua blood monster yang bertali-tali arus dimuntahkan keluar dari pusaran itu, termasuklah Two Face yang berada di tengah-tengahnya.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...