Chapter 50: Buruan

547 87 6
                                    


Wajah Momo sepanjang hari itu monyok memanjang apabila Nan Hen mengkhabarkan yang dia akan pulang ke rumahnya di Albergerez.

Nan Hen membuat keputusan untuk pulang ke mahligai clannya untuk mendapatkan kepastian tentang latar belakang sebenarnya.

Apabila waktu untuk Nan Hen pergi tiba, mata Momo mula merah.

Budak kecil itu memegang erat baju Nan Hen di hadapan pintu rumah seolah-olah tidak mahu melepaskan Nan Hen pergi.

Nan Hen jadi makin berat hati.
Nan Hen memandang Haraki.

"Aki.. Apa kata kalau aku-"

"Tak boleh." Haraki laju memintas kata-kata Nan Hen. Dia tahu sangat Nan Hen nak minta untuk bawa Momo pergi sekali.

Nan Hen memuncung.
Dia tak habis cakap lagi!

"Hey, Momo." Nan Hen tunduk bertinggung di hadapan Momo.
"Nanti ada masa aku datang melawat lagi, okay?" Nan Hen berkata lembut memujuk. Dia mengusap kepala Momo kasih.

"Janji tau." Kecil sahaja suara Momo berkata.
"Ya. Aku janji." Nan Hen ketawa kecil.

Momo mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya. Dia menghulurkan satu getah rambut yang berhias cantik rekaannya.

"Untuk Henhen."
Nan Hen tersenyum lebar menyambut getah rambut itu.

"Untuk aku?" Nan Hen mencabut lepas getah rambut yang sedang mengikat rambutnya sekarang.
Haraki dan Lao yang dari tadi memerhati terpana seketika.
Ini kali pertama mereka melihat Nan Hen dengan rambut panjangnya yang dilepaskan.

Wajah tampan penuh elegan Nan Hen nampak ayu jelita apabila lelaki itu melepaskan rambutnya.
Seperti seorang gadis.

Nan Hen mengikat semula rambut lurus coklatnya tinggi gaya ekor kuda.
Dia mengelus rambutnya sebelum tersenyum manis memandang Momo.

"Terima kasih, Momo." Nan Hen menarik Momo ke dalam dakapannya. Momo membalas pelukan Nan Hen seerat-eratnya.
Setelah meleraikan pelukan, Nan Hen tegak berdiri semula.

Dia berpaling pada Haraki.
"Aki, terima kasih tumpangkan aku." Ujar Nan Hen.

Haraki tersenyum. "Kau boleh datang sini bila-bila masa." Dia mengusap kepala Nan Hen seketika sebelum menurunkan tangannya semula.

Nan Hen menoleh pada Lao pula.
"Hoi, Lao. Bila aku dah tak ada, kau jangan malas pulak nak berlatih." Pesannya.

"Aku tahulah." Lao menjulingkan matanya ke atas.

"Bye, Momo." Nan Hen mencuit lembut pipi pau Momo sebelum berpaling melangkah pergi.
Haraki, Momo dan Lao merenung belakang Nan Hen yang semakin menghilang dengan perasaan berat.

_________

"Yeah~ Tak sangka barang kau laku juga kat sini." Lao berkata kepada Momo sambil menggeliatkan tubuhnya.

Mereka kini dalam perjalanan untuk pulang setelah selesai berniaga barang ciptaan Momo di dataran Fenshui di Hammelot, bandar kedua terbesar setelah Qan'an.

Hari ini, Lao menemani boss kecilnya mencuba nasib untuk melebarkan sayembara bisnesnya di 'cawangan' baru.
Tidak sangka pula, barang-barang Momo cepat sahaja habis dijual.

"Hey, Momo. Kau okay tak?" Lao menghentikan langkahnya memandang Momo.

Dia perasan hari ini Momo nampak berlainan. Budak kecil itu tidak sebecok biasa dan wajah comelnya juga nampak agak pucat.

"Lao, " Momo memegang hujung baju Lao. Suaranya kedengaran perlahan dan lemah.
"Momo rasa tak larat lah." Dahinya di sandarkan ke peha Lao.

Lao turun bertinggung di hadapan Momo dan tangannya menyentuh dahi budak itu.
Dahi Lao berkerut. Suhu badan Momo terasa agak panas di bawah tapak tangannya. Lao melihat sekelilingnya. Matanya ternampak sebuah kedai makan tidak jauh dari mereka.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now