Pada awalnya, Feisha langsung tidak mengesyaki apa-apa.Sepanjang setahun berikutan gencatan senjata beast-manusia, Feisha telah pun berkahwin dan memperoleh tiga orang anak.
Namun anak-anaknya semuanya masih belum reti bertransformasi ke rupa manusia mereka. Ke semua mereka kekal dalam rupa beast.
Apabila anak-anaknya tidak pulang-pulang daripada bermain seperti biasa, Feisha pergi mencari anaknya. Apabila dia tidak berjaya menemui seekor pun anaknya, hati Feisha mula khuatir.
Dia mengerahkan beberapa orang ahli clannya untuk mencari mereka di segenap hutan Allamiere.
Namun usaha mereka gagal.Sehinggalah Feisha teringat berkenaan kehilangan Reisha dahulu dan hatinya mula tidak sedap. Satu intuisi buruk muncul di fikirannya.
Feisha akhirnya menyamarkan dirinya, menyelinap dalam kalangan manusia dan masuk ke perkampungan di pinggiran timur Allamiere itu.
Perkampungan yang sehingga kini masih dibencinya.
Kebetulan pada hari itu, pasar utama di kampung itu sedang membuat jualan lelongan dan orang ramai bersesak hadir ke situ untuk melihat barang yang dijual.
Tubuh Feisha bagaikan disambar petir apabila matanya melihat barang yang sedang dipamerkan di atas pentas untuk dilelong itu.
Helaian kulit harimau yang telah disiat dan dibersihkan.
Pada saat itu, segala di sekelilingnya sudah tidak penting bagi Feisha. Tanpa menghiraukan manusia-manusia di situ, dia melangkah naik ke atas pentas.
"Oh, tuan berminat ke nak membeli kulit ini? Ini kulit beast, sangat sukar untuk didapati!" Tukang lelong itu berkata penuh semangat. Orang-orang kampung di situ bersorak riang.
Berjaya membunuh dan menangkap beast adalah satu kebanggaan bagi mereka kerana ianya melambangkan kekuatan mereka.
Namun telinga Feisha langsung tidak mendengar bicara lelaki itu. Dengan tangan bergetar dia menyentuh kulit harimau tersebut.
Kulit harimau warna kuning keemasan berbelang putih.
Dia sangat kenal warna dan corak belang ini. Kerana ianya ciri-ciri khas yang dimiliki oleh pure breed Golden Tiger.
Melihat saiznya sahaja, dia sudah dapat meneka pemilik kulit ini.Tangan Feisha yang mencengkam kulit itu semakin bergetar hebat dengan urat-urat hijau yang timbul kelihatan.
Tukang lelong di sisi Feisha masih becok berbicara. "Macam mana, tuan? Tuan berminat hendak beli? Kulit ini baru lagi kami siat daripada beast yang kami tangkap! Masih segar la-"
POM!!!!
Kepala tukang lelong itu tiba-tiba meletup berkecai.
"Arghhhhh!!!" Orang ramai berteriak ketakutan melihat apa yang berlaku.
"Beast! Lelaki itu beast!!"
Kemudian terdengar pula teriakan lain. Keadaan mencari kecoh.Feisha terus dikepung oleh beberapa orang wielder yang sudah siap menghunus pedang mereka.
"Beast? Mana beast? Biar aku tengok muka dia." Tiba-tiba satu suara kedengaran. Seorang lelaki memunculkan dirinya dari celah Wielder yang mengepung Feisha. Apabila lelaki itu melihat wajah Fesiha, dia terus ketawa besar.
"HAHAHAHAHA! Akhirnya, dapat juga aku bertemu dengan kau!"
"Siapa kau?" Feisha menyoal tajam dengan suara bergetar.
"Aku Nicky, anak kepada Ranold yang telah kau bunuh!!" Teriak lelaki itu.
"HAHAHAHA? Apa perasaan kau sekarang lepas tahu kematian anak kau? Baru kau rasa apa yang aku rasa bila terima berita kematian ayah aku! Rasakan! Ini balasan untuk kau! Kerana tangan kau, anak kau yang terpaksa membayar gantinya! HAHAHAHA!" Nicky berteriak bagai orang gila.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...