Langkah kaki Alice laju membawanya ke taman di dalam mahligai mereka yang merupakan tempat kediaman kakanya.Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam taman yang dihias indah itu, kakinya terus terpaku.
Mata Alice terpukau melihat pemandangan di hadapan matanya.Seorang lelaki dengan senyuman di wajah sedang mengendong seorang budak lelaki yang masih kecil. Lelaki dewasa itu kelihatannya sedang berbisik sesuatu ke telinga budak itu yang ketawa riang.
Bangsa Seraph punya rupa paras yang cantik memukau. Kerana itu mereka tidak takjub dengan kecantikan, apatah lagi kecantikan manusia.
Lelaki di hadapannya ini, meskipun tampan, namun tidak mampu menandingi ketampanan mereka, kaum Seraph.
Namun, pada saat ini, Alice masih terpesona memandang lelaki itu.Senyuman lelaki itu bagaikan punya kuasa ajaib yang membuatkan mata-mata yang melihatnya sukar untuk mengalihkan pandangan. Dari tubuh lelaki ini, tidak ada langsung soul force ataupun aura yang mempamerkan kekuatannya, namun entah kenapa, Alice terasa hatinya bergetar.
Wajah itu, tubuhnya, senyuman menenangkannya, membuatkan badannya saat ini terasa ingin tunduk menghormati susuk itu.
Ini lelaki yang telah mencairkan hati beku kakaknya?
Kemudian, Alice ternampak kakaknya, Akari muncul dalam pandangannya. Akari datang menghampiri lelaki itu, mengambil budak kecil dalam kendongannya.
Mereka berbicara sesuatu dan Alice melihat kakak kembarnya tersenyum nipis.
Tersenyum..
Senyum...Akari tersenyum??!!
Kalaulah bukan kerana dia melihat dengan mata kepalanya sendiri, sungguh Alice tidak akan pernah percaya yang kakaknya itu reti tersenyum.
"Kakak!" Alice menghampiri keluarga itu.
Harlen dan Akari berpaling melihat seorang lelaki segak berseragam putih menghampiri mereka.
"Alice," Akari menyambutnya dengan wajah tak beremosi.
Alice tersenyum kelat. Mana pergi senyuman manis kakaknya tadi??
Akari menoleh kepada Harlen, "Harlen, ini adik Akari, Alice." Dia memperkenalkan.
Harlen tersenyum mesra kepada Alice. Akari pernah menceritakan kepadanya berkenaan adiknya yang pergi bertugas menjadi perisik di Alexandrez.
Mata Alice membesar.
Harlen???
Lelaki ini Harlen?? Patutlah dia terasa familiar dengan wajah ini! Wajah yang selalu terpampang dalam potret-potret di kedai-kedai di Alexandrez.
"Kau-kau emperor Harlen?!"
Harlen ketawa kecil. "Aku rasa sekarang aku bukan lagi."
Alice menelan air liur. Siapa sangka, emperor Harlen yang diberitakan telah mati dibunuh sebelas tahun lalu hakikatnya masih lagi bernyawa dan tersesat di Iseria?
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...