"Rilekslah, Howl. Perempuan ni cuma manusia biasa. Badannya lemah dan tak akan mampu hidup lama. Rupa pun tak secantik bangsa aku." Balas Finnian tenang tanpa menunjukkan rasa bersalah langsung terhadap apa yang telah diakukannya kepada Nan Hen.
Tanpa sepatah kata, Howl mencempung tubuh anaknya yang sudah tidak sedarkan diri. Dengan penuh berhati-hati, dia membaringkan tubuh Nan Hen di atas sofa panjang berhampiran.
Tanpa disedari Finnian, dia mendirikan barrier di sekelilingnya, menghalang bicaranya daripada didengari Finnian di luar barrier dalam keadaan tubuhnya membelakangkan Seraph itu.
"Helene, walau apapun berlaku, jangan munculkan diri kau. Dari gaya mereka, mereka tak tahu lagi kewujudan kau dalam badan El." Bisiknya kepada tubuh Nan Hen.
Dia tahu kembarnya di dalam badan Nan Hen mendengar.
Sejurus itu, Howl menurunkan barrier yang mengelilinginya, dan mendirikan satu lagi barrier ampuh yang baru, kali ini cuma mengelilingi tubuh Nan Hen yang terbaring di sofa.
Kemudian dia menegakkan tubuhnya semula dan berpaling memandang Finnian.
Lelaki itu direnungnya tajam.
"Jangan tengok aku macam tu. Macam ni lah, aku bagi kau pilih siapa-siapa saja wanita seraph di sini. Mereka lagi kuat, mampu hidup lama, dan lagi cantik dari perempuan itu." Finnian berkata dengan nada angkuh.
Dari dahulu lagi, perangai majoriti Seraph yang begitu memandang tinggi bangsa mereka sendiri dan memandang hina semua kaum lain begitu memualkan.
Tanpa sepatah kata, Howl memetik jarinya.
Tubuh Finnian yang sedang bersandar santai di sofanya tiba-tiba terpulas, meremuk seperti kepingan kertas yang digumpal ke rupa yang mengerikan.
Kemudian,
POM!!!
Tubuh itu berkecai meletup.
"Wow, langsung tak ada rasa belas!" Satu tepukan tangan kedengaran.
Howl berkerut melihat Finnian yang sedang berdiri di satu tempat lain di hadapannya dalam keadaan tubuh seraph itu masih utuh.
Dia menjeling serpihan daging bersalut darah yang bergelimpangan di lantai.
Nampaknya apa yang dibunuhnya tadi cumalah body double Finnian yang diciptanya dengan spell.
"Tsk, Howl, kau terlalu pandang rendah pada aku."
Kemudian suara santai Finnian berubah serius.
"Lumpuhkan tangan dan kaki lelaki ini."
Duk.
Howl terus terlutut ke tanah. Kedua-dua belah tangannya jatuh longlai di sisi tidak mampu digerakkan.
Walaupun Howl mendirikan barrier bagi melindungi dirinya dari lafaz spell Finnian sekalipun, level Seraph King itu cukup kuat untuk mengatasi barriernya.
Dalam pada masa yang sama, darah merah pekat menitik turun dari kedua-dua belah lengan dan tangan Finnian. Bayarannya kerana menggunakan spell direct ke atas Howl.
Namun itu tidak menghentikan tindakan seterusnya Seraph itu.
"Atas arahan Finnian dari clan Imryl, biar semua organ dalam badannya rosak."
"Uhukkkk." Darah merah pekat tersembur keluar dari mulut Howl. Dadanya berombak menahan sakit namun pandangan tajamnya langsung tidak melepaskan Finnian.
Satu tompokan darah yang semakin membesar juga muncul pada bahagian dada pakaian mewah yang tersarung di badan Finnian.
"Haihhh.." Finnian mengeluh lemah. "Seperti yang aku jangka, besar bayarannya untuk aku cederakan kau."
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...