Chapter 90 : Keluarga Elsword Diserang

464 63 3
                                    


Baru sahaja pedang yang dihayun turun Joshua hendak menyentuh batang leher Reimier, satu asap putih yang sangat tebal muncul dari satu arah dan merebak dengan sangat laju menyelubungi mereka semua.

Mata Joshua terbelalak dengan kejadian yang tidak disangkanya itu. Dia langsung tidak mampu melihat sekelilingnya saat ini, hatta tubuh badannya sendiri kerana asap yang terlampau pekat itu.

Reaksi pertamanya adalah untuk mendirikan barriernya.

"C-c-!!""

Alangkah terkejutnya Joshua apabila tiada suara yang terkeluar dari mulutnya. Dia mencuba berkali-kali dengan cemas namun masih tidak berhasil.

Asap ini telah merosakkan kotak suaranya!

Kemudian tiba-tiba tangannya yang memegang pedang Reimier terasa sakit yang amat.

TING!
Bunyi pedang jatuh ke lantai kedengaran.

"!!!!!!!!" Joshua menjerit sekuat hatinya kesakitan, meskipun jeritannya cuma jeritan bisu.

Dia tidak tahu apa yang berlaku, namun dia pasti ada orang telah menyerang hendap, memotong pergelangan tangannya.

Di sebalik asap putih tebal itu, satu tangan yang elegan menghayun kipas tangan cantik berukir di tangannya.
"WHOOOOOSH!"

Satu hembusan angin menderu laju, menguraikan asap putih yang sedari tadi melemaskan mereka.

Pengikut-pengikut Mu Shan semuanya sudah rebah tidak sedarkan diri.

Seorang lelaki yang wajahnya tidak ditelan usia berdiri di antara Reimier dan Joshua sambil menggerakkan kipas tangannya tenang.

Mata Joshua terjegil.
Dia kenal lelaki di hadapannya ini.

Master Hazel, Sect Master Refiner.

Joshua terus berpaling lipat maut menjeling Mu Shan, mengisyaratkan supaya dia menyerang Hazel.
Mu Shan sekelip mata sudah berada di hadapan Hazel, menghayun pedangnya ke arah lelaki itu.

TING!!!

Bunyi dua logam berlaga membingit.

Hazel tersenyum menahan pedang Mu Shan dengan kipas tangannya.

"Bertenang, Mu Shan. Jangan terburu-buru." Ujar lelaki itu. Serentak itu, melalui mekanisme yang kompleks, lima bilah mata pisau tajam dilepaskan keluar dari kipas tangan Hazel, laju meluru ke arah Mu Shan.

Mereka semua dahulu adalah teman sepermainan. Mu Shan sudah arif dengan taktik-taktik Sect Master Refiner itu. Dia dengan pantas menepis ke semua bilah pisau tersebut.

Mu Shan bersedia melancarkan serangan seterusnya namun dihentikan oleh suara Hazel.
"Berhenti, kalau kau nak dia terus hidup."

Kipas tangannya ditundingkan kepada Joshua. Mu Shan memicingkan anak matanya. Mata tajamnya cekap menangkap satu rata-rama emas yang santai hinggap di belakang tengkuk Joshua tanpa disedari oleh Caster itu pun.

Mu Shan kenal rama-rama itu. Ia bukannya makhluk hidup, sebaliknya satu alat ciptaan Hazel. Alat assassin yang boleh membunuh dalam sekelip mata dengan jarum tajam pada sesungutnya.

Joshua yang sedar nyawanya dalam bahaya terus tergeleng-geleng dengan riak wajah panik, mengisyaratkan supaya Mu Shan berhenti menyerang Hazel.

Mu Shan cuma berfikir tiga saat sebelum tanpa teragak-agak menujahkan pedangnya ke dada Hazel. Mata Joshua terus terbeliak.

Hazel ketawa perlahan sambil sekali lagi menahan pedang Mu Shan dengan kipas tangannya.

Serentak itu, tubuh Joshua tumbang ke tanah, mati dibunuh oleh senjata rama-rama Hazel.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now