Chapter 156 (Final Arc)

429 42 3
                                    

Beratus tahun dahulu.

Clan Titan, sejenis Ancient Beast, hidup secara normal seperti biasa. Dalam rupa manusia mereka, tidak ada yang akan mampu mengesan spesis beast mereka. Mereka hidup seperti beast shapeshifter biasa dalam rupa manusia dan jarang sekali bertransformasi ke rupa asal, rupa beast Titan.

Cuma ketua Clan Titan sahaja yang identitinya diketahui pihak luar dan akan menjadi talian perhubungan spesis lain dengan clan Titan.

Ketua clan Titan jugalah yang menolak tawaran untuk bekerjasama sama ada daripada clan Demon ataupun Seraph, menjadikan mereka pihak berkecuali.

Hatta habitat clan Titan juga tidak diketahui di mana.

Namun siapa sangka, seorang Seraph berjaya menemui habitat mereka. Dan Seraph itu adalah Zend, ketua clan Ikkigai daripada bangsa Seraph yang juga merupakan orang kanan Seraph King Vivian.

Seraph yang gilakan eksperimen itu suatu hari telah membuat perancangan rahsia untuk menculik salah seorang anak clan Titan bagi dijadikan bahan ujikajinya.

Jika kuasa spatial manipulation clan Titan berjaya diperoleh mereka, maka keseimbangan kuasa antara Seraph dan Demon akan berubah.

Perancangan ini dibuat secara rahsia. Hatta Seraph King sendiri tidak tahu. Zend merancang untuk menggunakan kuasa ini bagi kegunaannya sahaja.

Malangnya, ke semua ahli clan Titan terlindung di sebalik sebuah barrier ampuh yang dibina oleh King Clan Titan. Hatta Zend, seorang Seraph berlevel tinggi pun tidak mampu menembusi barrier itu.

Namun suatu hari, peluang itu tiba.

Seorang anak kecil daripada clan Titan telah tersesat, bermain begitu hampir dengan hujung barrier.

Apa yang memisahkan Zend dengan budak perempuan kecil dari clan Titan di hadapannya itu cumalah satu barrier nipis seperti kaca namun begitu ampuh.

Zend masih belum dapat menembusi barrier itu.

Namun kini, dengan jarak yang sangat dekat dengan budak perempuan itu, Zend dapat menggunakan spellnya.

"Atas arahan Zend dari clan Ikkigai, ke mari, budak." Serunya.

Bagaikan dipukau, budak itu bangkit, meninggalkan mainannya di tanah, dan menapak ke arah Zend.

Namun, barrier yang ada menghentikan kemaraannya.

"Dengar arahan aku, ke mari." Zend menguatkan lagi spellnya.

Budak perempuan itu terus cuba untuk menembusi barrier yang memisahkan mereka.

Dua daya saling berlawan. Satu merupakan tarikan spell Zend ke atas budak itu. Satu lagi merupakan barrier ampuh yang cuba menghalang budak itu.

Budak perempuan itu terus berusaha untuk melawan barrier yang menghentikannya daripada melaksanakan arahan Zend.

Kerana ingin melaksanakan juga arahan tersebut, budak perempuan itu tanpa sedar telah mengaktifkan kuasa clan Titannya.

Kuasa spatial manipulation clan Titan kebiasaannya cuma termanifestasi ketika mereka sudah melepasi usia sepuluh tahun.

Tetapi budak perempuan itu baru saja berumur empat tahun.

Kuasa yang diaktifkannya belum cukup matang, menyebabkan berlakunya satu kemalangan.

Zend menyaksikan di hadapan matanya bagaimana, satu jasad terpisah keluar daripada tubuh budak perempuan itu, meninggalkan di belakangnya satu anak Titan.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now