"Ryukan, aku datang ni!!"Harlen berkata lantang sambil mendepakan tangannya luas.
Ryukan yang sedang bosan melibas-libas ekornya terus tegak badannya apabila mendengar suara Harlen.
Tanpa menunggu lama, Wyvern itu terus terbang ke arah Ryukan. Dia mendarat betul-betul di hadapan lelaki itu sebelum merendahkan kepalanya, menyondol dada Harlen lembut.Harlen yang teranjak beberapa langkah ke belakang melepaskan tawa. Tangannya dipanjangkan memeluk kepala Ryukan.
"NGHHHH~" Ryukan suka dengan pelukan hangat lelaki itu.
Caesar tak terkata seketika melihat satu beast dan satu manusia yang sedang bermesra itu.
"Sejak bila Ryukan jinak dengan kau?" Dia menyoal hairan.
Bukankah mereka dahulu pantang berjumpa selalu bergaduh?"Kau ni, macam tak tahu je.. Aku ni Harlen, disayangi semua." Harlen mendabik dada bangga sambil sebelah tangan masih mengusap kepala Ryukan.
Caesar menjulingkan matanya ke atas.
"Kau tengok tuan kau tu, Ryukan. Jeles dengan aku sampai nak juling biji mata." Harlen berbisik pada Ryukan dengan suara yang tidak perlahan.
Caesar mendengus.
"Ryukan, malam ni kau jangan tidur dengan aku."
Akhirnya Ryukan yang menjadi mangsa._____
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...