Di dalam barrier Snow, Nan Hen yang tiba-tiba sahaja diserang oleh crohnos Albergerez itu begitu keliru dan terpinga-pinga."Kenapa tuan Snow serang aku?" Soalnya.
Namun Snow tidak mengendahkan soalan Nan Hen, terus menyerang Nan Hen bertali arus.
Beribu-ribu kelopak bunga muncul entah dari mana berpusar-pusar di udara di sekeliling Snow. Kemudian kelopak-kelopak bunga itu berterabur berpecah ke berpuluh-puluh arah dan terus meluru ke arah Nan Hen.
DUM!!!!
Bunyi hentaman yang sangat kuat kedengaran.
Mata Nan Hen membesar. Dia melihat lubang sangat besar yang terhasil di tanah hasil dari hentaman ribuan kelopak bunga Snow. Mujur dia sempat mengelak.
Kelopak-kelopak bunga Snow yang terapung di udara itu nampak sangat cantik dan menenangkan, tetapi hakikatnya kuasanya sangat besar!
Kelopak-kelopak bunga itu tidak melepaskan Nan Hen. Seperti sebelum ini, ianya berpecah lagi dan meluru menyerang Nan Hen daripada pelbagai arah sepertu juaraian tali.
Kerana kelopak-kelopak bunga itu bersaiz kecil, Nan Hen sudah pasti tidak dapat mengelak daripada tersentuh mereka sepenuhnya. Tambahan pula, ribuan kelopak bunga tersebut bercantum dan berpecah sesuka hati, membentuk pelbagai jenis formasi mengejar Nan Hen.
Akhirnya badan Nan Hen penuh dengan luka-luka dicalarkan oleh kelopak bunga tersebut.
Dahi Haraki berkerut. Namun dia masih tidak bertindak apa.
"Aki.. kenapa Snow serang Henhen?"
Haraki baru perasan Momo yang sudah pun berdiri di sisinya.
Dia mengusap kepala Momo menenangkan. "Aku pun tak tahu. Tak apa. Kita tengok dulu."Pada saat ini, Nan Hen baru sedar yang Snow betul-betul serius menyerangnya dan tidak teragak-agak untuk mencederakannya. Namun Nan Hen masih gagal mengerti mengapa Snow menyerangnya.
Snow langsung tidak memberikan Nan Hen peluang untuk berfikir. Bilangan kelopak bunga yang berpusar-pusar di udara semakin bertambah banyak sehingga ratusan ribu.
Kelopak-kelopak bunga itu mengelilingi Nan Hen seperti puting beliung yang ingin menelannya, semakin lama semakin mengecil menghampiri Nan Hen.
Haraki tidak mampu lagi menyaksikan dengan tenang apabila puting beliung kelopak bunga itu mengelilingi Nan Hen sepenuhnya sehingga Nan Hen tidak mampu lagi kelihatan.
Dia juga memiliki kuasa Flower Petal yang dimiliki Snow. Kerana itu dia boleh tahu betapa merbahayanya kelopak bunga Snow yang nampak indah pada mata itu. Sesiapa sahaja yang disentuh oleh puting beliung bunga itu, tubuh mereka akan dikisar hancur.
Baru sahaja, Haraki hendak melangkah melepasi barrier itu, matanya melihat Nan Hen tiba-tiba sudah muncul di hadapan Snow.
Dia terus terpaku tergamam.
Jangankan Haraki, Snow sendiri begitu terkejut apabila Nan Hen muncul betul-betul di hadapan matanya berserta dengan aura beast yang hebat menekan menghembus keluar dari tubuh lelaki itu.
Nan Hen melayangkan penumbuknya kepada Snow. Namun belum sempat dia melandaikan tumbukannya, ratusan kelopak bunga meluru datang menjadi perisai Snow yang menyebabkan Nan Hen terpaksa berundur beberapa langkah.
Dan kemudian kelopak bunga tersebut terus menyerang Nan Hen seperti sebelum ini.
Kali ini, sekali lagi Nan Hen menghilangkan diri dan muncul tiba-tiba di sisi Snow dari arah lain. Dan seperti sebelum ini, kelopak bunga Snow bertindak sangat pantas memerisai Snow.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...