Chapter 149: Perlarian

593 59 18
                                    

Author's Note: Here u go - Double update dgn chapter yg panjang utk ganti minggu2 yg aku x update :')

Beratus-ratus tahun lamanya, kaum Demon cuba menjatuhkan kerajaan Iseria milik clan Seraph namun bertemu dengan kegagalan demi kegagalan.

Meskipun muncul generasi Demon Lord yang cukup kuat untuk mengalahkan ahli clan Seraph, namun mereka masih tidak mampu menakluk Iseria.

Keupayaan kerajaan Iseria untuk berdiri utuh tidak tergugat meskipun berhadapan dengan asakan demi asakan oleh clan Demon adalah kerana dua faktor utama.

Barrier ampuh yang mengelilingi kerajaan Iseria.

Dan juga kewujudan tujuh Seraph Pillar, pelindung utama kerajaan Iseria.

Barrier yang mengelilingi Iseria bukan setakat menghalang pencerobohan orang luar, namun juga menyembunyikan kerajaan Iseria daripada pandangan selain dari kaum Seraph sendiri.

Sewaktu pemerintahan Prince Serki Eimiere yang memimpin kaum Demon, baginda berjaya menemui lokasi kerajaan Iseria. Malangnya kaum Demon tidak berjaya menembusi benteng ampuh kerajaan itu.

Namun ada juga khabar angin yang mengatakan hakikatnya Prince Eimiere mampu untuk merobohkan barrier itu, cuma saja Demon Lord itu mahu berdamai dengan Seraph.

Dan selepas itu, tidak ada lagi generasi Demon Lord yang mampu menemui kota kerajaan tersebut.

Tulang belakang di sebalik keampuhan barrier Iseria adalah clan Isayra yang dikenali sebagai The Protector.

Setiap hari, tiga puluh ahli clan Isayra yang bertugas mengikut giliran akan berkumpul bagi melafazkan spell untuk mengekalkan barrier yang melindungi Iseria.

Spell yang dilafazkan memerlukan pelafaz spellnya untuk sentiasa ada di situ sepanjang hari, tanpa berganjak langsung, mahupun makan dan minum sehinggalah ke keesokan harinya di mana tiga puluh lagi ahli clan Isayra yang lain pula akan menjadi pengganti.

Ahli clan Seraph mempunyai akses untuk keluar dan masuk dari Iseria cuma melalui pintu gerbang utama Iseria, Dafodill yang dikawal oleh Elder clan Isayra. Dan lokasi perhubungan pintu gerbang itu di dunia luar pula adalah tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah, cuma diketahui dan ditentukan oleh Elder Clan Isayra.

Kecuali tujuh Seraph Pillar yang masing-masing mempunyai pintu mereka sendiri pada barrier yang mengelilingi Iseria.

Sebagai contohnya, pintu milik Ivyrlyn yang digunakannya untuk membawa Nan Hen masuk ke Iseria dinamakan sebagai Iseryll dan cuma mampu dibuka oleh lelaki itu sahaja.

Faktor kedua keutuhan kerajaan Iseria adalah kerana kewujudan Seraph Pillar, pahlawan terkuat clan Seraph yang sentiasa berjaga di Iseria dan jarang sekali meninggalkan negara mereka.

Sewaktu Demon Lord Ahsoka memimpin bala tentera Demonnya untuk berperang dengan Seraph dalam perang Sylvia, Seraph King buat jarang kalinya telah menghantar turun ke semua Seraph Pillar, yang akhirnya mengakibatkan kekalahan clan Demon.

Kelebihan dan keutamaan utama Seraph Pillar atau lebih spesifik empat Seraph Pillar ranking teratas berbanding dengan clan Seraph yang lain adalah, mereka mampu menggunakan spell direct tanpa menerima apa-apa imbalan atau backlash pada tubuh mereka sendiri.

Selain daripada dua faktor ini, ada juga yang menambah faktor ketiga kepada keutuhan kerajaan Iseria yang mana tidak diketahui umum dan cuma diketahui oleh Seraph level tertinggi sahaja.

Iaitu kewujudan Seraph Lady yang menyokong empat Seraph Pillar. Seraph Pillar yang dimaksudkan di sini bukanlah pahlawan terkuat dalam clan Imryl yang menjadi penjaga Iseria itu, sebaliknya adalah empat batang tiang besar yang wujud di kerajaan Iseria namun lokasinya cuma diketahui oleh Seraph King, Seraph Lady dan juga Elder tertinggi clan Ikkigai sahaja.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now