Chapter 35: Bem

636 66 8
                                    


Keesokan harinya, Haraki dan Momo, diikuti dengan Nan Hen menjejakkan kaki kembali ke hutan Albergerz, ke kawasan rumah Bem, tempat Momo membesar.

Lao pula tinggal di rumah. Beast itu masih tekun menghabiskan buku kerajaan Amaria yang dipinjamkan Aiha kepada Momo, gigih bersemangat untuk mengkaji cara-cara untuk mematangkan crystal core.

Haraki, Momo dan Nan Hen, ketiga-tiga mereka berkelubung untuk menyembunyikan identiti diri mereka.

Sewaktu mereka sedang berjalan menyelusuri hutan tersebut, Nan Hen dan Haraki tiba-tiba serentak berhenti melangkah. Deria beast mereka mengesan kehadiran sesuatu.

Tiba-tiba seekor ular phyton sebesar lengan manusia melayang dari belakang Momo. Namun belum sempat ular tersebut hendak mencederakan Momo, Nan Hen terlebih dahulu dengan bersahaja menangkap ekor ular tersebut dengan sebelah tangannya.

"Hurmm? Sampah."
Nan Hen berkata, cuma menjeling ular tersebut dengan hujung mata. Lelaki itu dengan selambanya melibas ular di tangannya, melemparkan ular tersebut ke belakang tanpa menoleh langsung.

Momo yang tadinya terkejut apabila seekor ular tiba-tiba muncul melayang ke arahnya berasa lega apabila Nan Hen cepat menangkap ular tersebut. Dia menoleh, mencuri pandang ke belakangnya untuk melihat  ular yang dilemparkan oleh Nan Hen tadi.

Momo menelan air liur apabila melihat ular tersebut sudah leper tertepek di sebatang pokok dengan isi perut dan kepalanya yang sudah pecah berlumuran darah. Kemungkinannya akibat dilontar terlebih kuat ke batang pokok itu.

Namun, baru beberapa langkah mereka berjalan, mereka sudah dikelilingi oleh berpuluh-puluh ekor phyton, yang kali ini sebesar peha manusia dewasa.

Haraki tersengih mengejek. Nampaknya clan Phyton sangat pantas mengesan keberadaannya di hutan ini.

"Aki..." Momo sudah tercebik-cebik mahu menangis sambil bersembunyi di belakang Haraki. Dia tidak sukakan ular.

Ular-ular tersebut semakin galak, meluncur laju untuk menyerang Momo dan Haraki yang berada di sisinya.

"Tchh." Haraki menjentik lidahnya dengan muka jengkel.
Ular-ular gemuk yang tadinya begitu tidak sabar untuk menyerang mereka tiba-tiba berundur ketakutan kesemuanya.

".............."
Namun ular-ular tersebut bagaikan dikawal oleh sesuatu. Mereka tidak mampu untuk berundur. Akhirnya apa yang mereka lakukan adalah menukar sasaran daripada Haraki dan Momo kepada Nan Hen.

"Aki, kau... Tak guna!" Nan Hen mengetap giginya bila melihat berpuluh-puluh ular gemuk tersebut mula meluncur laju ke arahnya.

Dengan sekali hembusan aura beast yang dilepaskan dari tubuhnya, berpuluh-puluh bunyi letupan kedengaran.
Ular-ular sebesar peha manusia yang mengerumuni Nan Hen tadi semuanya sudah hancur berkecai menjadi serpihan daging mentah dengan darah merah pekat mencemari tanah. Namun kelubung hitam yang dipakai Nan Hen langsung tidak terkena percikan darah tersebut.

Haraki bersiul rendah.

Momo ternganga kekaguman.

Dengan penuh bergaya, Nan Hen melompat keluar dari kerumunan bangkai-bangkai ular tersebut.

"Jom," Dia berkata selamba, menyambung perjalanannya.

Setelah agak lama mereka berjalan, akhirnya mereka tiba di sebuah rumah kayu tempat Momo dan Bem menginap dahulu.

Haraki menggali semula tanah tempat dia mengebumikan Bem. Dia menarik keluar dari tanah yang dikoreknya sebuah keranda kayu.

Nan Hen menelan air liur. Apabila mereka membuka keranda kayu itu, terserlah jasad terbujur kaku seorang lelaki berambut putih lurus panjang dengan wajah yang tenang dan tubuh yang masih utuh.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now