Chapter 114 : King & Kingsmen

600 56 10
                                    


Tiga hari sebelum pengembaraan mereka.

Haraki, Iura dan Enkidu berkumpul untuk berbincang mengenai Amars.

Kemunculan Elemental King Thunder itu dan juga Enkidu yang rupanya juga merupakan Elemental King, memberi Haraki peluang untuk mendalami kaum ini, yang sebelum ini menjadi misteri.

Cerita Iura bermula dengan persahabatan antara dua teman, Alvys dan Victor.

Dan juga adik Victor, Sara.

Hubungan antara mereka bertiga begitu rapat. Kehadiran Victor dan Sara dalam hidupnya, buatkan Alvys mampu melupakan memori pahit yang terjadi kepada ayah dan ibunya sewaktu dia kecil.

Dan juga menimbus kebencian kepada dunia ini dalam hatinya.

Alvys dan Sara juga saling jatuh cinta, dan telah menjalinkan hubungan mereka dengan ikatan perkahwinan.

Hidup Alvys saat itu terasa bagaikan sempurna, begitu indah dengan isterinya di sisi dan juga Victor bersama rakan-rakan mereka yang lain di perkampungan kecil yang mereka tinggal.

Namun dunia bagaikan tidak gemar dia hidup senang, apabila Seraph yang memburu keluarganya dahulu masih tidak melepaskannya.

Akhirnya, isterinya, Sara terkorban menjadi mangsa.

Kebencian yang tertanam di dalam hatinya mula terurai semula.

Tidak mampu menerima kenyataan pemergian isterinya, Alvys menggunakan darah Demon dalam badannya, untuk menghidupkan semula Sara.

Victor cuba menghentikan tindakan sahabat dan juga adik iparnya itu.

Sara tidak akan bersetuju tubuhnya digunakan sebegini.

Victor mencuba pelbagai usaha untuk menghentikan Alvys yang baru saja dibangkitkan kuasa Demon dan Seraph dalam tubuhnya.

Akhirnya lelaki genius itu berjaya mencipta satu Slate yang mengandungi enam jenis kuasa elemen alam.

Victor membahagikan enam kuasa itu kepada rakan-rakan seperjuangannya yang turut cuba menghentikan Alvys.

Dan keenam-enam manusia yang diberikan kuasa oleh Victor itulah yang dikenali sebagai Elemental King yang pertama, manakala Victor menjadi the First King.

Dengan bantuan enam Elemental Kingnya, Victor berjaya membunuh Sara yang dihidupkan semula dan mendapatkan semula tubuh adiknya.

Sejak itu, Alvys bagaikan hilang kawalan dan mula memburu Victor untuk dibunuh. Dua sahabat baik itu akhirnya menjadi seteru.

................

"Itulah cerita yang diwariskan kepada kami oleh nenek moyang kami." Iura menamatkan ceritanya.

Haraki diam menghadam semula cerita itu.

"Elemental King ada enam orang."

Iura menyambung penerangannya. "Masing-masing mempunyai kuasa elemen tersendiri. Enam elemen tersebut adalah Thunder, Nature, Flame, Ice, Storm dan Metal. Aku adalah elemental king untuk Thunder tribe. Elemental king cuma datang dari keturunan enam orang elemental king yang pertama, iaitu kawan-kawan First King Victor.

King boleh lantik manusia biasa untuk jadi ahli dibawah pemerintahannya, dikenali sebagai kingsmen. Dan kingsmen akan dapat kuasa elemen dari King tersebut. Kingsmen inilah yang dikenali sebagai orang-orang Amars. Apabila elemental king mati tanpa waris, seluruh kingsmen akan kehilangan kuasa mereka dan jadi macam orang biasa."

"Boleh kau beritahu aku, perkembangan terkini pasal elemental king yang lain?" Pinta Haraki.

Dahi Iura sedikit berkerut.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now