"Hello, budak. Siapa nama kau?"Momo tidak mampu melihat dengan jelas wajah lelaki dewasa yang sedang duduk bertinggung di hadapannya itu.
Wajah lelaki itu silau dengan cahaya. Apa yang kelihatan cuma senyuman manis lelaki itu.
"Nama Momo, Momo. Pak cik ni siapa?" Soal Momo polos. Momo memandang sekelilingnya yang cuma putih semuanya tanpa penghujung.
Kemudian dia memandang kembali lelaki di hadapannya.
"Aku moyang kepada moyang kepada moyang kau." Lelaki itu menjawab.
Dahi Momo berkerut memandamg lelaki itu skeptikal.
"Tipu! Pak cik tak nampak tua pun." Bidasnya.
"Pfft." Lelaki itu tergelak.
"Aku tak tipu kau." Ujarnya sambil mengusap kepala Momo.
"Kalau kau tak percaya, tengok ni."
Satu simbol Horclux utama dengan enam simbol elemen yang bercahaya muncul terapung di atas kepala lelaki itu.
Mata Momo membesar.
"Aku Victor, pengasas dan pemilik asal Horclux yang ada pada kau sekarang." Lelaki itu mendedahkan identiti sebenarnya.
"Tapi bukan pak cik dah lama mati ke?" Momo menyoal hairan.
Victor tersenyum. "Ya. Aku dah lama mati. Kau sekarang dalam mimpi. Dan aku cuma memori yang tersimpan dalam Horclux pada badan kau."
"Semakin bertambah kekuatan kau nanti, semakin jelas ilusi aku boleh termanifestasi dalam mimpi kau, dan makin banyak memori lama aku yang kau akan boleh lihat." Terang Victor.
Mulut Momo terlopong.
Victor ketawa kecil.
"Budak, nak aku ajar kau kuasa-kuasa Horclux yang kau sebagai waris aku boleh gunakan? "
_________
"Bluerkkkk!!"
Enkidu sekali lagi muntah kosong buat entah kali ke berapa.
Aries di sisinya setia tolong menggosokkan belakangnya dengan wajah risau.
"Ahhhhhhh~" Enkidu tersandar di kerusinya sambil mengeluh lemah. Dia langsung tidak menyangka yang dia rupa-rupanya ada mabuk laut.
"Enkidu, dah siap!!"
Momo yang baru memanjat naik ke deck dari ruang bawah kapal terkedek-kedek berlari ke arah Enkidu dengan senyuman lebar di wajah.
"Nah!!" Dengan riang, dia membuka tangan, menunjukkan sebiji pil warna jernih yang terdapat di atas tapak tangannya.
"Tengok, kejap je Momo dapat buat tau!" Momo berkata bangga dengan kejayaannya mencipta cloud pill gred star di luar bilik refining.
Pil ini mampu mengatasi mabuk lait Enkidu.
Mujur dia memang membawa kuali logam milik ayahnya ke mana-mana.
Dan mujur juga Enkidu mampu menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang diperlukan Momo di atas kapal ini.
"Terima kasih, Momo!" Enkidu begitu terharu melihat penyelamatnya. Dia pantas mengambil ubat pil di tangan Momo dan menyuapnya ke mulut.
Tidak jauh dari mereka, Haraki sedang berdiri di kabin kapal sambil merenung air laut di bawah mereka dengan wajah serius.
"Ada masalah apa-apa ke?" Nan Hen berhenti di sebelah Haraki, menegur lelaki itu.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...