"Tuanku!" Gumam Ash dan Hakk melihat kemunculan figura itu.Haraki memandang Shadow Foz gergasi yang tinggi melangit di hadapannya.
Serentak itu, satu aura yang luar biasa kuat menghembus keluar dari tubuh lelaki itu, membuatkan kesemua manusia dan beast di Willand Plain terlutut lemah.
Hatta Hakk dan Ash.
Hazel mendongakkan kepalanya sambil menahan dadanya yang terasa bagaikan hendak pecah menahan aura Haraki.
Ini aura Emperor beast?
Mujur dia telah mendirikan barrier berkualiti tinggi bagi melindungi manusia-manusia di belakang mereka. Jika tidak, ke semua mereka boleh mati menampung aura seberat ini.
Shadow Fox gergasi itu jelas sekali turut ditekan aura beast Haraki.
Namun dia tetap susah payah mengangkat keplanya, menentang aura Haraki.Dahi Haraki berkerut melihatnya.
Beast ini jelas sekali terpaksa tunduk kepada auaranya, tetapi bagaikan ada satu kuasa lain, yang mengawal mereka untuk terus melawan.
"Bagitahu aku, kenapa kau serang manusia?"
Haraki bersuara menyoal.Shadow Fox itu tidak menjawab. Hanya sepasang mata biru bercahayanya yang terus merenung Haraki tajam.
Mata itu nampak kosong, bagaikan tiada jiwa di dalamnya.Wajah Haraki semakin dingin.
"Atas nama emperor beast, Rule."
Titahnya.
Satu cincin merah serupa Emperor's Protection muncul mengelilingi clan Shadow Fox itu.
Ash menelan air liur. Jadi ini kuasa Rule Emperor beast..
Mereka, ketua clan juga boleh menggunakan kuasa Rule ke atas ahli clan.
(*Author's Note: macam dlm chapter 81, Reiki gunakan kuasa Rule ke atas clan Golden Tiger)Namun, kuasa Rule Haraki membolehkan lelaki ini mengawal seluruh clan pure breed.
Sewaktu Haraki datang ke clannya dahulu, lelaki itu jelas sekali boleh menundukkan mereka dengan kuasa ini, namun lelaki itu cuma menggunakan skill pure breed untuk menguji mereka.
Tidak sampai sesaat cincin merah Rule itu terbentuk, tiba-tiba ianya hilang begitu sahaja.
Kening Haraki terangkat tinggi melihat satu lambang merah darah muncul di dahi ke semua beast clan Shadow Fox itu.
Benarlah tekaannya. Beast ini dikawal kuasa lain.Dan apa yang lebih penting adalah, kuasa ini lebih kuat daripada kuasanya, emperor beast.
Nampaknya, dia tiada pilihan lain.
Satu kabus tebal mula berkepul terhasil, membelenggu clan Shadow Fox, termasuklah Shadow Fox gergasi di hadapannya.
"Ini Mist, kuasa pure breed Stallion." Gumam Ash perlahan.
Tidak lama kemudian, semua beast Shadow Fox tumbang ke tanah terkena kabus beracun itu.
Jelamaan shadow Fox gergasi di hadapan Haraki mula mengecut dan akhirnya hilang dari pandangan.
Haraki memandang tubuh-tubuh mereka sambil berfikir dalam.Tiba-tiba Haraki mengangkat wajahnya apabila dia mengesan kehadiran sesuatu yang sangat kuat auranya.
Di atas bumbungan sebuah bangunan, agak jauh darinya, berdiri seorang lelaki rambut hitam pekat panjang dengan aura gelap mengelilingi tubuhnya. Di sisi lelaki itu ada dua susuk berkelubung yang bagaikan pengawalnya.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...