Mereka beriringan menuju ke pintu gerbang Cansha Valley yang dikawal oleh dua orang pengawal.Momo sudah pun memulakan lakonannya. Lena terlentok di bahu Haraki.
Haraki menghadiahkan senyuman mesra kepada pengawal itu. Dia menjeling jade pengesan beast yang jelas tergantung di pinggang lelaki itu.
Pengawal itu mengerling sekilas budak kecil yang 'lena' dalam kendongan Haraki. Namun dia tidak berkata apa.
Ketiga-tiga mereka melepasi pintu gerbang itu dengan selamat.
"Bagus, Momo."
Mendengar bicara Haraki, Momo terus membuka matanya dengan sengihan sambil menarik kerudung veilnya menutupi kepala, menyembunyikan sedikit wajahnya.
"Wow."
Mereka terpana sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam kota Cansha Valley itu.
Mereka tahu yang sect Refiner merupakan sect yang sangat kaya raya. Namun mereka tidak menyangka sect itu sampai semewah ini.
Cansha Valley boleh diungkapkan sebagai kota di dalam taman. Di sekeliling kota itu penuh dengan taman-taman bunga dan pohon-pohon rendang yang dihiasi dengan kristal dan permata berwarna-warni. Di tengah-tengah dataran kota itu pula terdapat satu kolam besar dengan air pancut. Dan daripada kolam itu, berpecah menjadi beberapa batang anak sungai yang mengalir di sepanjang dalam kota itu.
Bunyi air mengalir berserta dengan semerbak aroma bunga-bungaan memberikan aura harmoni ke segenap pelusuk kota itu.
"Wahhh..." Momo menggumam teruja.
Dari atas tembok berhampiran pintu gerbang Cansha Valley itu, seorang lelaki sedang duduk bermain dengan sebilah dagger di tangannya sambil merenung tiga pendatang baru itu penuh minat.
Sambil Haraki dan Nan Hen berjalan dengan Momo di dalam kendongan Haraki, mereka ralit memerhatikan sekeliling. Suasana di kota itu meriah dan rancak dengan manusia-manusia yang mengunjungi kedai-kedai di sekitar kota itu.
Kebanyakan manusia di situ punya sekeping jade warna hijau yang tergantung di pinggang mereka. Cuma corak tumbuhan pada robe mereka yang berlainan jenis.
Haraki dapat mengagak yang jade yang tergantung di pinggang mereka itu adalah tanda identiti sect Refiner. Mereka yang mempunyai jade itu merupakan ahli sect.
Dahi Haraki berkerut sedikit.
Kenapa dia rasa seperti banyak mata sedang memandang mereka?
Adakah Cansha Valley jarang menerima pendatang asing? Ataupun rupa mereka memang menarik perhatian?Hakikatnya Haraki dan Nan Hen yang menyamar menjadi pasangan suami isteri itu memang agak menarik perhatian ramai kerana rupa mereka yang menawan dan tubuh mereka yang tinggi lampai.
"Ding! Ding! Ding!"
Tiba-tiba bunyi gerincingan loceng riang kedengaran.
"Yeahhh!!!" Semua penduduk-penduduk di sekeliling mereka bersorak riang. Orang ramai berasak keluar dari rumah-rumah dan kedai. Jalan-jalan di kota itu tiba-tiba penuh dengan manusia suasana menjadi riuh.
Haraki, Momo dan Nan Hen jadi terpinga-pinga. Apa yang berlaku?
Tiba-tiba satu benda lembut jatuh dari langit hampir menimpa kepala Haraki. Nan Hen segera menangkap benda tersebut dan melihatnya.
Uncang beg?
Tup!
Satu lagi uncang beg warna biru cair jatuh ke dalam dakapan Momo. Terus mereka bertiga mendongak.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...