Author's Note: Sorry guys.. Aku dah lama x update. huhu 。゚・ (>﹏<) ・゚。
Sebaik sahaja Momo membuka matanya, yang pertama sekali menyapa pandangannya adalah wajah tampan ayah angkatnya.
Momo terkelip-kelip seketika sebelum sepasang mata kuning keemasannya mula berkaca.
"Aki....." Dia bangun dari baringnya dan memanggil Haraki penuh sayu, bagaikan mengadu segala kesukaran yang dialaminya sepanjang lelaki itu tiada di sisi.
Haraki yang mendengar panggilan tersebut terasa bagaikan hatinya disayat-sayat.
Dia terus merangkul Momo ke dalam pelukannya."Aki....." Momo melepaskan empangan air matanya di dalam pelukan hangat Haraki.
"Aku minta maaf Momo sebab lambat untuk lindungi kau." Tutur Haraki lembut dengan jiwa yang berat.
"Huhuhu..." Momo masih teresak-esak di dada Haraki. Kemudian baru dia teringat sesuatu.
"Aki, Lao-" Wajah Momo yang basah dengan air mata memandang Haraki cemas.
"Jangan risau, aku okay." Satu suara menyampuk dari tepi.
Momo terus berpaling dan matanya membesar melihat Lao yang berdiri di sisi katilnya dalam keadaan utuh masih bernyawa.
"Lao!!!" Air mata Momo makin lebat turun dengan perasaan lega yang amat.
Mata Lao turut merah. Sewaktu dia hampir tidak sedarkan diri, betapa risaunya hatinya saat itu memikirkan nasib Momo jika dia tiada.
Lao duduk di sisi Momo. "Momo, aku minta maaf sebab tak dapat lindungi kau dengan baik. Dan terima kasih sebab lindungi aku." Lao duduk di sisi Momo dan mengusap kepala boss kecilnya itu.
Tanpa Momo, dia tidak akan mampu untuk survive dalam pertarungannya dengan caster kelas pertama itu.
"Betul tu. Tahniah Momo sebab kau mampu bertahan dan siap boleh lindungi Lao lagi. Aku bangga dengan kau." Haraki turut memuji, mengesat air mata di pipi gebu budak kecil itu.
Pipi Momo terus naik merah jambu, malu dan gembira dipuji sebegitu.
"Hehehehe.""Momo, kau dah bangun? Baguslah. Ni aku ada buat pau kegemaran kau." Nan Hen melangkah masuk ke dalam bilik Momo dengan dulang makanan di tangan.
"Henhen!" Momo begitu gembira sekali melihat Nan Hen.
Nan Hen tersenyum sambil melabuhkan punggung di sisi Momo. "Nah, makan ni. Kau mesti lapar." Dia meletakkan dulang yang dibawanya di atas katil.
"Wahhhh, sedapnya!" Momo kecur air liur melihat pau empuk yang dimasak Nan Hen.
Dengan penuh manja, budak kecil itu duduk di ribaan Nan Hen sambil menjamah pau-pau tersebut.Nan Hen tergelak kecil sambil mengusap kepala Momo.
"Aki, nah!" Momo menyuakan cebisan pau yang dicubitnya ke mulut Haraki.
Haraki memakan pau tersebut dari tangan Momo dengan senyuman.Selain dari rasa lega dan bersyukur melihat Momo selamat, dia turut berasa menyesal kerana tidak membawa Momo bersamanya dan Nan Hen.
Haraki sudah mendengar cerita daripada Tenshin dan ibunya berkenaan serangan-serangan mengejut yang berlaku di Cansha Valley sepnjang ketiadaannya.
Andai ada apa-apa terjadi kepada Momo kerana dia tidak ada bersama, Haraki tidak dapat membayangkan betapa besarnya penyesalannya.
"Henhen, nah!" Momo menyuapkan pula pau ke mulut Nan Hen.
Pada waktu itulah Haraki terperasan sesuatu.Tangannya menyentuh cuping telinga Nan Hen yang kosong.
"Kau dah tak pakai subang yang Hakk bagi?" Soalnya.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...