Gunung Montreal, Hari kelima.BRRRR…
Dua buah bongkah batu besar naik dari tanah dan menghentam satu sama lain bagaikan tarikan magnet. Dua batu besar tersebut terus menghimpit Ancient beast Mammoth Scarab sehingga remuk badannya.
Dalam pada masa yang sama, tiga bebola cahaya bergerak di udara, mengejar tiga ekor Chimera yang menyerang. Bola-bola cahaya itu mengenai mangsa-mangsanya, dan terus meletupkan tubuh mereka sehingga hancur berkecai.
Serentak itu juga, Haraki menghayunkan pedang Embernya, membelah dua tubuh Steelbane Hydra, sejenis Ancient beast kura-kura gergasi dengan lima kepala di hadapannya.
Nan Hen pula menusukkan pedangnya tepat ke bahagian jantung Manticore yang menyerang mereka.
Haraki mengirai darah dari pedang Ember di tangannya.
Ini sudah entah beast ke berapa yang dibunuhnya.
Siang dan malam, beast-beast yang telahpun hilang kawalan akibat dijangkiti wabak Montreal menyerang mereka bertalu-talu tanpa henti.
Haraki dan Nan Hen perlu sentiasa berada dalam keadaan berwaspada dan bersedia untuk berlawan pada bila-bila masa.
Meskipun mereka tiada masalah untuk mengalahkan beast-beast tersebut, namun bilangan mereka yang banyak dan tidak henti-henti sedikit sebanyak memakan tenaga Haraki dan Nan Hen. Tambahan pula sudah seharian mereka berjalan tanpa berpeluang untuk melelapkan mata.
Mujur juga Haraki ada menyimpan sedikit buah-buahan daripada Enkidu yang boleh mengalas perut mereka.
“GARGHHHH!!!”
Seekor Arachnid, Ancient beast jenis labah-labah, muncul dari atas pokok berhampiran mereka dan menyembur air liurnya dalam bentuk sawang putih yang kenyal.
Sawang putih yang disembur dari mulutnya terus menyelubungi dan memerangkap Haraki dan Nan Hen.
WOOOSHHHH!!
Api Phoenix sacred fire terus membakar sawang tersebut sehingga hangus, membebaskan Haraki dan Nan Hen. Haraki melepaskan beberapa peluru cahaya namun pantas dielak oleh Arachnid tersebut.
Arachnid itu melepaskan kepulan gas berwarna hijau daripada cendawan-cendawan yang tumbuh memenuhi belakang badannya.
“Tahan nafas!” Arah Haraki.
Haraki menggunakan kuasa Mistnya, membersihkan udara di sekeliling mereka namun pada waktu itu jugalah Arachnid itu sudah melompat ke arahnya.
Mujurlah Arachnid itu cuma mampu menembusi tubuh Haraki, tidak mampu menyentuhnya kerana kuasa Penetrance Haraki.
Enam pedang cahaya muncu di sisi tubuh Haraki dan terus menjunam laju ke arah Arachnid tersebut, menusuk tubuhnya.
“GARGGHHH!!”
Arachnid itu meraung kesakitan.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...