Author's Note: Here u go! Selamat membaca(°◡°♡)
Nan Hen dan Haraki membuat keputusan untuk memaklumkan kepada Enkidu dan Aries.
Namun mereka masih merahsiakannya daripada Momo kerana tidak mahu budak kecil itu bersedih dan risau dengan keadaan Nan Hen yang belum pasti.
Namun, tidak dapat tidak, suasana pengembaraan mereka di keesokan harinya sedikit muram.
Enkidu mengetuai perjalanan mereka di hadapan sekali, memandu mereka ke arah aura beast hebat yang dikesan derianya.
Aries menurutinya di belakang sambil mendukung Momo yang mula keletihan berjalan.
Pada awalnya, Haraki yang ingin mendukung Momo, namun Aries menawarkan diri sambil mengisyaratkan kepada Haraki untuk memberi perhatian kepada sebarang perubahan pada Nan Hen.
Nan Hen masih berjalan di belakang sekali.
Namun berbeza berbanding sebelumnya, kali ini wajah Nan Hen tidak lagi berat memendam segala masalahnya sendirian.
Beberapa kali Haraki yang berjalan di hadapannya akan menoleh untuk melihat keadaannya.
Dan berkali-kali juga lelaki itu mengingatkan Nan Hen untuk segera memberitahunya jika Nan Hen mula timbul sebarang simptom.
Pada hari kelima pengembaraan mereka di hutan tebal Gunung Montreal, mereka masih tetap tidak terserempak dengan mana-mana beast.
“Mana pergi beast-beast di sini? Takkanlah mereka semua dah mati…” Aries menggumam hairan dengan dahi berkerut.
“Aku pun tak dapat kesan sebarang beast lain menggunakan kuasa aku.” Tambah Enkidu, turut juga berasa hairan.
Haraki diam memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang terjadi kepada Ancient beast-Ancient beast di hutan ini.
Tiba-tiba Nan Hen di belakangnya mencengkam lengan Haraki, menghentikan langkah kaki lelaki itu.
“Hurmm?” Haraki menoleh.
Kemudian jantungnya terasa berdegup laju melihat Nan Hen yang sedang memegang kepalanya dengan sebelah lagi tangan.
“Aku rasa simptom aku dah bermula.”
Nan Hen mengangkat wajah, menyerlahkan sepasang matanya yang mula merah pada hujung tubir mata.
Tanda pertama yang akan muncul sebaik sahaja dijangkiti wabak Montreal.
...............
Dalam pada masa yang sama, di celah pelusuk hutan paling dalam, satu susuk tubuh berupa manusia yang selama ini terpejam matanya tiba-tiba membuka mata.
Meskipun lelaki itu selama ini memejamkan matanya, namun hakikatnya derianya ada melingkupi setiap ceruk hutan di dalam barriernya.
Dia mampu melihat dan mendengar perbuatan semua makhluk yang menjejakkan kaki ke dalam kawasannya.
Termasuklah Haraki dan empat lagi teman pengembaraannya.
Sejak hari pertama mereka mula menceroboh barriernya lagi, dia sudah mengesan kehadiran mereka.
Tiga orang lelaki, seorang perempuan, dan seorang budak kecil.
Dia tidak tahu bagaimana salah seorang lelaki itu mampu membuat lompong pada barriernya dengan mudah.
Namun dia juga tahu yang barriernya semakin lama semakin lemah.
Dia mampu melihat penceroboh-penceroboh itu semua sihat tidak dijangkiti wabak.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...