Chapter 141 : Demon Misteri

479 54 23
                                    

'Demon?'

Dahi Zennin berkerut. Kenapa dia tidak mampu langsung mengesan kewujudan dan aura lelaki ini, hatta pada saat ini?

Demon kebiasaannya akan membebaskan aura mereka, memberi tekanan kepada semua makhluk di sekeliling sebagai tanda kekuatan mereka.

Tapi Demon ini langsung tidak mempunyai apa-apa aura, membuatkan Zennin tidak mampu mengagak kekuatannya.

Namun melihat kepada kepantasan serangannya tadi..

Hati Zennin berasa tidak sedap.

Haraki pula sudah berdebar-debar dengan wajah pucat.

'Satu lagi demon?'

'Adakan demon ini rakan kepada Zennin ataupun berada di pihaknya?'

"Siapa kau?" Zennin menyoal penuh waspada.

"Kau generasi baru.. Kalau aku beritahu kau nama aku pun kau tak akan kenal." Lelaki itu menjawab bersahaja sambil melangkah mendekati Zennin.

Meskipun lelaki itu tidak melepaskan apa-apa aura, namun karisma tubuhnya membuatkan Zennin refleks berundur beberapa langkah.

"Aku ni senior kepada senior-senior kau. Hurmmm.. Kalau aku ingat semula, masa zaman aku, Ocra, Railan, Sherwin dan Ennith cuma separas dada aku saja. Ahhh~ Nostalgia, nostalgia." Kata lelaki itu lagi.

Riak wajah Zennin terus berubah.

Meskipun semua Demon Lord berstatus sama tinggi, namun hakikatnya di antara mereka ada jurang kekuatan yang ketara. 

Demon lord-demon lord yang kekuatannya melangkaui yang lain itu adalah senior-senior kepada mereka; demon lord berstatus junior sepertinya, Loki, Mavis, dan yang lain-lain.

Semua nama-nama yang disebutkan lelaki itu tadi adalah Demon Lord bertaraf senior yang kekuatan mereka tidak tertara berbanding dengan dirinya.

Dan lelaki ini mengatakan yang dia lebih senior daripada mereka?!

Adakah lelaki ini berkata benar ataupun cuma temberang?

"Kalau kau pun Demon Lord, kau pasti tahu perancangan kami dan kenapa kami nak tangkap waris clan Titan tu. Kenapa kau serang aku?" Soal Zennin, cuba berdamai dengan Demon senior yang tak diketahui kekuatannya itu.

Lelaki itu menjungkit keningnya. "Ohh? Aku tak tahu-menahu apa pun pasal perancangan kalian, demon lord-demon lord yang lain. Dan aku juga tak berminat dengan waris clan titan." Jawab lelaki itu santai.

"Aku serang kau sebab kau dah cederakan budak ni." Dia memetik jarinya dan meunding ke arah Haraki.

Bukan setakat Zennin, hatta Haraki sendiri terkesima.

Namun dalam hatinya terasa sedikit lega mendengar bicara demon itu.

Sekurang-kurangnya dia tak berniat untuk menangkap Nan Hen.

Dahi Zennin berkerut. "Aku cederakan dia sebab dia dah halang kerja aku. Beginilah, aku akan lepaskan dia dan kawan-kawannya yang lain. Tapi aku akan bawa balik perempuan tu. Aku mahukan waris clan Titan." Zennin menawarkan jalan damai.

Dia tidak mahu berlawan dengan Demon yang berkemungkinan besar lebih kuat darinya ini.

"Langkah mayat aku dulu!" Haraki memintas dengan mata mencerlung tajam penuh aura membunuh.

"Hahahahaha!" Demon yang masih lagi tidak diketahui namanya itu tiba-tiba ketawa besar.

Kemudian setelah puas ketawa, wajahnya berubah dingin memandang Zennin.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now