"Tuanku, dengan ini, Snow, Crohnos Albergerez sedia berkhidmat untuk tuanku." Ujar Snow serius.
Kemudian dia menoleh, memandang Nan Hen yang masih lagi terpaku berdiri.
"Eh? Errr.. Ahhh.." Nan Hen yang baru tersedar dari kejutannya, kelam kabut ingin melutut di hadapan Haraki.
Haraki tergelak. "Kau tak payah." Dia menarik lembut lengan Nan Hen untuk bangun berdiri.
"Bangun." Kemudian, dia dengan tenang berkata kepada beast-beast yang berlutut di hadapannya.Kesemua beast itu tegak berdiri kembali.
"Urmm..Setakat ni aku masih belum perlukan mana-mana khidmat korang. Jadi buat masa ini, semua boleh bersurai." Haraki berkata agak kekok sambil menggaru belakang tengkuknya. Hakikatnya dia masih belum boleh menerima sepenuhnya status barunya sebagai emperor beast.
"Kami minta diri dulu. Maafkan kebiadapan kami tadi, tuanku." Edmund menunduk hormat kepada Haraki sebelum dia dan dua Noblenya berlalu pergi.
Guy tidak memandang Haraki pun. Dia terus berlalu pergi begitu sahaja.
Hakk pula memandang Nan Hen. Nan Hen menggigit bibirnya serba salah.
"Ayah...."Bicaranya terhenti apabila Hakk mengusap kepalanya lembut. Ada senyuman yang sangat sukar dikesan terukir di bibirnya.
Namun Nan Hen perasan senyuman itu. Senyuman manisnya terkoyak lebar.
Kemudian Hakk menghampiri Haraki. Dua lelaki itu saling bertatapan.
Haraki tidak tahu mahu berkata apa dengan lelaki yang selama ini disangka sebagai ayahnya, ayahnya yang langsung tidak mengendahkannya.
"Budak, aku minta maaf."
Haraki tergamam apabila mendengar lafaz itu keluar dari mulut Hakk meskipun riak wajah lelaki itu tidak berperasaan.
Kemudian Hakk merapati Haraki, berbisik sesuatu di telinga lelaki itu sebelum berlalu pergi.
Hakk merenung lama belakang tubuh Hakk.
"Aki! Aki! Aki sebenarnya anak emperor Caesar? Kita samalah Aki, Momo anak emperor Harlen, Aki pulak anak emperor Caesar. Ayah kita dulu kawan baik, sekarang Momo dengan Aki pulak berkawan baik." Momo menarik-narik baju Haraki teruja.
Haraki tergelak mendengar bicara Momo. Dia tunduk mengangkat Momo ke dalam kendongannya.
"Umm."Haraki berpaling kepada Snow.
"Lord Snow, boleh ceritakan aku tentang kematian Caesar?"
Snow mengeluh lemah mendengar soalan Haraki.
"Aku pun tak pasti sebenarnya. Sebelum aku timggalkan Caesar untuk pergi jenguk ibu kau, pertarungan yang berlaku sangat sengit. Kami dikepung oleh manusia-manusia berveil putih. Pada veil mereka ada lambang silver. Bila aku datang balik selepas tinggalkan kau kepada clan phoenix, Caesar dah tak ada dan tempat perlawanan mereka musnah teruk." Cerita Snow.
"Dah tak ada? Maksud kau, hilang? Jadi ada kemungkinanlah Caesar hidup lagi?" Nada Haraki sedikit mengharap.
Snow tidak berani memberi harapan."Aku tak pasti. Tapi aku beritahu kau, pertarungan yang berlaku memang sangat sengit. Sebelum aku pergi, Caesar dah tercedera dan kecederaannya agak parah. Lelaki yang mengetuai mereka, lelaki itu sangat kuat. Aku tak percaya yang dia seorang manusia." Snow berkata dengan wajah berkerut.
"Macam mana rupa lelaki tu?"
"Lelaki tu tinggi, sama tinggi dengan Caesar. Berambut panjang hitam pekat. Dekat dahinya ada simbol warna merah. Bila berlawan, anak matanya bercahaya, warna putih." Hurai Snow.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...