Chapter 70 : The Emperor is Back

640 94 12
                                    


"Selamat berkenalan, Lord Ash Venisse, ketua clan Eagle." Ujar Haraki dengan senyuman.

Jika dilihat dari luaran, tiada siapa boleh sangka lelaki muda yang nampak pemalas ini merupakan ketua clan Eagle, Lord Venisse yang penuh misteri.

Kirin lebih kelihatan seperti ketua.

Namun Haraki cuma perlu melihat sekilas lalu untuk mengetahui siapa sebenarnya ketua clan Eagle.

Ash Venisse, lelaki santai yang manja dengan isterinya ini berlevel Holy beast. Atau lebih spesifik, level low Holy beast.

Dalam clan beast, antara peraturan tidak bertulis tetapi diiktiraf semua adalah, ahli clan yang paling kuat akan menjadi ketua.

Ash memicingkan matanya merenung Haraki. Kemudian sepantas cahaya, lelaki itu yang tadinya di sisi isterinya sudah berada betul-betul di hadapan Haraki.

Sebilah Sycthe besar panjang daripada cahaya muncul di tangannya dan dia terus menghayunnya ke leher Haraki tanpa teragak-agak.

Prang!!!!!!

Bunyi dua benda keras berlaga membingit.

Haraki tersenyum menahan bilah scythe Ash dengan tangan kirinya yang kini sudah dilapisi sisik ampuh basilisk.
Mata Ash membesar.

Bukankah ini kuasa milik pure breed basilisk??

Kemudian apa yang lebih mengejutkan Ash adalah dia mendapati pada saat ini, dia tidak mampu menggerakkan tubuhnya yang menjadi kaku seperti patung.

Apa yang berlaku?

"Apa kau buat?" Soalnya perlahan kepada Haraki.

Haraki menarik senyuman. "Cuba kau tengok kaki kau."
Ash menurunkan anak matanya melihat ke bawah.

Dahi Ash berkerut. Di bawah tapak kakinya ada bayang-bayang dirinya sendiri.
Kenapa tiba-tiba boleh ada bayang-bayang?

Kemudian dia baru tersedar sesuatu dan matanya membesar.

Dia terus kembali memandang Haraki yang masih lagi tersenyum. "Kau..."

Haraki tahu Ash sedar apa yang dilakukannya.

Haraki menggunakan kuasa dark shadow milik pure breed black jaguar.
Skill yang digunakannya dikenali sebagai shadow marionatte.

Dengan cara menguasai bayang-bayang Ash, dia boleh mengawal tubuh lelaki itu.

Cara untuk membebaskan diri daripada skill ini adalah orang lain perlu menikam bayang-bayang yang dikuasai Haraki.

"Aku faham sekarang." Tutur Ash lalu menghilangkan scythe di tangannya.
Haraki terus melepaskan bayang-bayang Ash.

Ash yang boleh bergerak bebas semula tunduk melutut di hadapan Haraki.

Semua yang lain yang tidak mengerti apa yang terjadi tergamam melihat tindakan ketua clan mereka.

"Maafkan kebiadapan aku tadi. Dengan ini, aku, Ash Venisse tunduk patuh di bawah pemerintahan emperor dan bersedia menerima arahan tuanku." Tutur Ash merendah diri.

Makin tergamam mereka yang lain.

"Ash, apa maksud kau?" Kirin segera menyoal.

Ash masih tunduk namun dia berkata, "Haraki adalah emperor beast yang baru."

Mampu menggunakan pelbagai jenis kuasa pure breed, siapa lagi kalau bukan dari keturunan emperor beast yang telah menganugerahkan kuasa-kuasa tersebut kepada supreme-supreme beast, moyang-moyang mereka dahulu?

"Dia adalah keturunan emperor Caesar yang sah." Tambah Ash.

Meskipun masih terkejut, ahli-ahli clan itu berfikiran pantas. Serentak keenam-enam ahli clan Eagle yang lain turut tunduk berlutut di samping ketua clan mereka.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now