Chapter 150: Kejatuhan Iseria

380 52 6
                                    


Kerajaan Iseria.


"Tsk. Tsk. Tsk."

Demon Lord Ocra menjentik lidahnya melihat tanah di sekelilingnya yang bergelimpangan dengan tubuh-tubuh Demon yang terkorban.

Kedua-dua tangannya santai di dalam saku seluar, dengan kot hitam yang tersangkut di bahu. Lelaki itu berjalan sambil but hitamnya memijak lopak darah dan cebisan-cebisan tubuh yang memenuhi jalan tanpa perasaan.

Dia berhenti di sisi Leo, Demon Lord dari bloodline Serylaun yang kini terduduk di tanah dalam keadaan cedera parah. Kedua-dua belah tangan dan kakinya terpulas ke rupa yang mengerikan manakala pada perutnya ada satu lubang besar.

"Leo, Leo, macam mana kau boleh jadi macam ni sekali?" Ocra berkata santai, tanpa rasa belas pada nadanya.

Hujung kasut butnya menguis tubuh dua lagi Demon Lord baru yang sudah tidak bernyawa, dalam keadaan kedua-dua tubuh mereka terkerat dua.

"Seraph.. Tu.. Sangat.. K-kuat.."Leo berkata dalam nazak.

Ocra mengangkat wajahnya ke hadapan, melihat ke arah satu susuk tubuh berseragam putih yang masih tegak berdiri. Veil putih pada tubuh lelaki itu berkibar megah, masih bersih suci tanpa dicemari darah. Begitu ironi dengan keadaan di sekeliling kota itu yang bersimbah darah.

Cuma lelaki ini seorang sudah cukup untuk membunuh satu pasukan besar tentera Demon dan juga tiga Demon Lord.

"Ohho, aku pernah nampak kau."Ocra memetik jarinya. Bibirnya menyeringai lebar. "Kau Seraph Pillar yang turun masa Perang Sylvia dulu."

Dahi Zachary berkerut.

Demon Lord yang menyertai perang Sylvia dan masih bernyawa sehingga kini jelas sekali bukan Demon Lord yang punya kekuatan biasa-biasa.

Mereka adalah Demon Lord berpangkat senior.

Lelaki ini berbeza dengan tiga Demon Lord yang baru dikalahkannya tadi.

Ocra meletup-letupkan sendi jarinya sambil meregangkan urat leher.

Kot hitam dibahunya dijatuhkan ke tanah.

Dia menjilat bibir, "Aku dah lama nak merasa berlawan dengan Seraph Pillar."

Kemudian lelaki itu tiba-tiba meluru ke hadapan. Sekelip mata dia sudah berada di hadapan Zachary.

Ocra melayangkan satu tendangan dengan kaki panjangnya ke arah Zachary.

PRANG!

Mata Zachary membesar apabila barrier di sekelilingnya yangsebelum ini tidak mampu ditembusi oleh tiga Demon Lord tadi serentak, kini dipecahkan Ocra cuma dengan satu tendangan!

"Patah."

KRAK.

Kaki Ocra yang hendak mengenai wajah Zachary itu terkulai ke bawah.

Tanpa mengerang kesakitan langsung, Zachary mengirai kakinya yang lembik itu dan

KRAK.

Dengan mudah tulangnya yang patah bercantum semula.

Tanpa jeda langsung, Ocra memutarkan tubuhnya. Kakinya yang baru patah tadi kini berpijak di tanah manakala sebelah lagi kaki dilayangkan ke udara dengan kadar yang lebih laju.

Segala yang berlaku begitu pantas dan sukar ditangkap mata.

"Badan perisai!"

BOMMM!!

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now