“Kita nak ke mana ni, Aiha?” Mulut Momo bising menyoal bila Aiha dari tadi menariknya berjalan menuju ke sesuatu tempat tanpa memberitahu ke mana hala tuju mereka.
“Shuhhh..” Aiha hanya mendiamkan Momo, tidak menjawab pun soalan budak itu sehingga akhirnya mereka berhenti di hadapan sebuah mahligai yang tersergam indah.
“Woahhh..” Momo ternganga melihat keindahan mahligai itu. Jika hendak dibandingkan dengan rumah pondoknya, memang bagai langit dengan bumi.
“Ini rumah aku.” Beritahu Aiha.
Dari sebalik semak tempat mereka bersembunyi, mereka kini berada di bahagian belakang halaman rumah Aiha.
Anehnya, mahligai sebesar itu bukan sahaja tidak bertembok, malahan tidak berpengawal langsung. Mahligai itu kelihatannya sahaja terdedah kepada ancaman luar, namun hakikatnya ia dikelilingi oleh barrier yang sangat ampuh.
Aiha mengurut dahinya, bersusah payah memerah otak memikirkan cara bagaimana untuk menyeludup Momo masuk ke dalam rumahnya.
‘Ah, mustahil sistem kawalan keselamatan mahligai keluarga Elsword ada kelemahan.’
Setelah lama mencari jalan, Aiha akhirnya mengalah. Dia melepaskan satu keluhan lemah, menoleh kepada Momo di sebelahnya, hanya untuk menyedari yang Momo sudah lama lesap dari sisinya. Dengan panik, terus kepalanya berpusing mencari kelibat budak kecil itu.
“Momo!” Dia segera berlari mendapatkan Momo yang sudah pun berdiri tercegat betul-betul di sempadan kawasan mahligai keluarga Elsword yang dihadang oleh barrier yang tidak kelihatan di mata itu.
“Kan, rumah aku ada barrier. Mustahil kau..” Ayat Aiha terus terhenti apabila dia melihat Momo menghulurkan tangannya, menyentuh dengan hujung telunjuknya barrier yang mengelilingi kawasan mahligai Aiha itu.
Dari hujung telunjuk Momo, jalur-jalur elektrik berwarna merah menjalar keluar, menampakkan komoponen-komponen dalam barrier yang menjadi asas bahan bina barrier itu yang selama ini tak terlihat oleh mata kasar.
Terbeliak Mata Aiha. Ini kali pertama dia melihat sendiri bagaimana rupa sebenar dalam sesuatu barrier. “K-kau nak buat apa, Momo?”
Hanya satu kawasan sahaja komponen barrier yang diperlihatkan Momo. Dengan jari telunjuk yang sama juga, Momo mengalirkan keluar dari jemarinya itu sedikit aura yang menjalar dan menyusup masuk ke dalam komponen barrier yang terzahir.
Di hadapan mata Aiha sendiri, kawasan barrier yang kelihatan itu membeku siap keluar wap putih menandakan ianya dibekukan pada suhu yang sangat rendah.
Momo tersengih melihat tekniknya berjaya. Dia kemudiannya menjulurkan dua pula jarinya, jari telunjuk dan jari tengah. Kali ini, aura yang dialirkannya merupakan aura yang bersuhu sangat panas, sehingga akhirnya meleburkan komponen barrier yang disentuh oleh hujung jari Momo itu. Dari kawasan yang disentuh oleh Momo itu, bahang panas dari aura Momo mula merebak luas, meleburkan kawasan yang lebih besar, seperti api yang membakar kertas, sehingga akhirnya menghasilkan satu lohong bulat lompong yang agak besar pada barrier itu, cukup untuk memuatkan Momo masuk.
Aiha yang memerhati dari tadi terus ternganga. Momo tersengih memandang Aiha sambil buat gaya ‘peace’. Aiha hanya mampu menelan air liur. Barrier ampuh keluarga Elsword, keluarga terhebat dalam sect Wielder, dipecah masuk oleh seorang budak kecil macam tiada apa.
Menerusi lubang yang dibuat oleh Momo pada barrier mahligai itu, Momo berjaya menyeludup masuk dengan mudah ke dalam kawasan mahligai keluarga Elsword itu. Aiha pula, dia memang tidak ada masalah untuk masuk. Setiap ahli keluarga Elsword mempunyai jade identity diri yang ditanam di dalam badan mereka, membuatkan mereka mampu melepasi barrier itu tanpa apa-apa masalah.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...