Chapter 88 : Serbuan

518 77 8
                                    


Tik!

Setititk demi setitik peluh halus yang bergayutan di dagu kecil Momo gugur menitik ke bajunya, meninggalkan tompokan basah.

Momo meneguk air liurnya sambil matanya masih rapat terpejam memberikan fokusnya seratus peratus kepada apa yang sedang dilakukannya.

Herma dan Hanom yang setia menanti di sebelahnya turut memerhati dengan penuh debaran.
Sehingga akhirnya...

TING!

Sebiji pill warna biru putih jernih jatuh bergoleh di dalam kuali Momo.

"Yeyyy!!" Momo berteriak riang sebelum badannya tumbang ke belakang, terbaring di lantai.
Herma dan Hanom turut tersenyum lebar bukan main gembira.

"Tahniah, Momo." Herma mengusap rambut Momo yang sudah basah dengan peluh.  Dia mencapai pill di dalam kuali Momo dan meneliti pill tersebut.

"Core pill, gred star." Nilainya dengan senyuman. Hebat sungguh. Sepanjang minggu ini, sudah lebih dua puluh biji pill yang Momo hasilkan dan semuanya bergred Star!

Mendengar penilaian Herma, Hanom yang berhenti untuk menjenguk Momo kerana kebetulan dia datang ke Cube Herma untuk menghantar pokok terus keluar dari bilik refining dan mengumumkan kepada ahli Cube 1 itu,

"Momo berjaya hasilkan Core pill gred star!"

"Wahhhhhhhh!!!" Sorakan serta tepukan gemuruh kedengaran. Masakan mereka tidak gembira, bukan senang untuk menghasilkan core pill. Dalam Cube 1 ini, cuma ada tiga orang sahaja senior Cube yang berjaya menghasilkan Core pill, itupun paling hebat pun cuma jenis High grade.

Manakala Momo yang berusia tujuh tahun itu sudah berjaya menghasilkan Core pill. Tambahan pula grade Star!

Meskipun Momo bukan ahli rasmi sect Refiner, namun seminggu Momo belajar refining dengan Herma, semua ahli Cube 1 itu sudah menganggapnya sebagai junior kesayangan mereka.

"Kita kena buat sambutan ni!"

"Ya, senior, belanja kami semua makan!"

"Yeah, senior! Belanja kami makan! "

"Hey, belanja Momo okay lagi, tapi kenapa aku kena belanja korang pulak?" Senior yang mencadangkan untuk membuat sambutan itu terus melenting.

"Hahahaha! Belanja, senior! Belanja! Hidup senior!"

"Hidup senior! Hahaha!"

Apabila Herma keluar dari bilik Refiningnya, dia menyaksikan ahli cubenya sedang bersorak gembira. Wanita itu tersenyum.

"Biar Sifu belanja untuk sambutan kejayaan Momo." Suaranya memecah sorakan mereka.

Suasana hening seketika sebelum,
"Yeahhhhhhh!!! Hidup sifu! Hidup sifu!" Buat seketika, suasana di dalam Cube 1 begitu riuh. Herma ketawa melihat kerenah anak-anak muridnya.

....................

Seperti yang dijanjikan, petang itu, Herma membawa hampir ke semua ahli cubenya pergi sebuah kedai makan yang ditempah khas seisi ruangnya untuk mereka.

Mujurlah ahli cubenya tidak seramai mana ditolak pula dengan beberapa orang yang tidak dapat hadir. Bilangan mereka dalam tujuh belas orang tidak termasuk Momo, Herma dan Hanom yang sesat menumpang sekali.

Lao yang kebiasaannya setia bersama Momo menjadi pengawal peribadi budak kecil itu tidak pula menyertai mereka kali ini. Meskipun dia sudah biasa hidup dalam kalangan manusia, namun beast itu masih tidak selesa berlama-lama dengan manusia.

Kedai makan itu meriah dengan perbualan dan gelak tawa mereka.

Watak utama pada hari itu adalah Momo. Semua orang sibuk memuji Momo, menyuakannya pelbagai jenis makanan. Momo apa lagi, gembira bukan main dia menerima layanan istimewa untuknya.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now