p/s: cerita ni berlangsung sebelum Henhen terer memasak ( ‾́ ◡ ‾́ )
Mata Haraki masih lagi terpejam. Lelaki itu yang sedang duduk bersila di atas bangku di halaman rumahnya fokus
bermeditasi untuk merapikan aura beastnya.Namun wajah tampannya yang dari tadi tenang tidak berkocak makin lama makin terusik, sehinggalah akhirnya dia membuka kedua-dua matanya.
"Kau nak apa?" Dahinya berkerut memandang Nan Hen yang bertinggung di hadapannya sedari tadi.
Nan Hen tersengih bila akhirnya dia berjaya menarik perhatian Haraki.
"Err... Aku kan ada minta hari tu.. Untuk kau tolong ajar aku memasak...." Nan Hen menutur perlahan sambil bermain-main dengan jari jemarinya.
Haraki mengeluh lemah.
Semuanya bermula daripada si Momo yang besar mulut sibuk bercerita tentang kemahiran memasaknya yang dipelajari dari Haraki.Kesannya, Nan Hen, tuan muda clan Phoenix itu mula tertarik minat untuk menghasilkan masakannya sendiri.
Haraki diam lama."Aki....." Wajah Nan Hen mula muram.
Sekli lagi Haraki mengeluh. Dia akhirnya mengeluarkan sekeping kertas berlipat dari poket bajunya. Kertas itu dihulurkan kepada Nan Hen.
"Ini resepi untuk buat mi sup. Kau cuba buat ni dulu. Ikut je apa yang tertulis dalam tu." Tutur Haraki jelas
Mata Nan Hen terus bersinar bagaikan mendapat peta harta karun.
"Yeayyy~ Terima kasih, sifu!! Nanti dah siap kau orang pertama aku bagi rasa." Tanpa berlengah, Nan Hen terus mencapai kertas resepi di tangan Haraki itu dan berlari ke dapur untuk memulakan projeknya
Lao di ruang tamu melihat Nan Hen masuk ke dapur dengan dahi yang berpeluh. Dia meneguk air liur.
Harapnya perutnya selamat malam ini._____________
Masuk sahaja ke dapur, Nan Hen menyarungkan apron bunga-bunga milik Haraki ke tubuh lampainya. Seterusnya, lengan bajunya disinsing tinggi ke atas siku dan dikepilkan dengan sepit supaya kemas. Kemudian, rambut coklat panjangnya yang selama ini diikat ekor kuda tinggi kali ini disanggul pula.
Selesai memperkemaskan dirinya, Nan Hen menyusun bahan-bahan yang diperlukan di atas meja dapur dengan merujuk kepada resepi yang ditulis Haraki.
"Okay, kerja yang pertama.." Matanya melirik kertas resepi di atas meja.
Menghiris bawang dan sayur.
Nan Hen mencapai seketul bawang merah. Dahinya berkerut.
"Urmm. Kecilnya benda ni." Entah kenapa dia jadi tidak sampai hati pula hendak memotong objek kecil itu.
Potong sayur dululah.Nan Hen meletakkan sebiji lobak merah besar di atas papan landas.
"Hehe.." Nan Hen mengaktifkan cincin transformed weapon ciptaannya yang tersarung di jari telunjuk. Cincin tersebut terus berubah menjadi sebilah dagger silver bertatahkan jade yang berkilau.
Dah lama dia teringin hendak menggunakan dagger ini.
Dengan dagger di tangan, Nan Hen mula memotong lobak merah tersebut.
Chomp!
Mata Nan Hen membesar.
Dia terpotong lobak merah dengan papan landas di bawahnya sekali!Tuan muda clan Phoenix itu tidak pandai mengawal kekuatannya.
Nan Hen terus menoleh kebelakangnya, kemudian ke kiri dan kanan.
Okay, tak ada siapa yang nampak.
Dia meneguk air liur lega. Kemudian dia merenung semula papan landas yang terbelah dua tidak sama saiz di hadapannya itu.Bahagian papan yang bersaiz kecil dicapai dengan sebelah tangan. Dengan menggunakan kuasa beastnya, cebisan papan tersebut hilang dari udara seolah-olah tidak pernah wujud pun sebelum ini.
Okay, selesai hapuskan bukti.
Kali ini Nan Hen lebih berhati-hati mengawal kekuatannya. Akibatnya, dia mengambil masa yang sangat lama untuk menghiris walaupun sebiji lobak.
_______
Selesai bermeditasi, Haraki melangkah ke dapur dengan hati yang risau memikirkan keselamatan dapurnya.
Lao yang perasan kemunculan Haraki menghela nafas lega. Sekurang-kurangnya kalau ada boss besar, makanan yang dihasilkan akan berkurang sedikit tahap bahayanya.
Haraki keras kaku seketika apabila kakinya menjejaki dapur.
Ini...Dia memandang sekeliling dapur yang bagaikan perkampungan selepas peperangan sengit itu.
Sayur-sayur hancur yang bersepah di atas meja dapur bagaikan organ-organ korban mangsa peperangan yang melimpah keluar.
Sos-sos dan kuah yang tumpah di lantai bagaikan darah-darah yang mencemari tanah medan perang.Kemudian matanya singgah pada mangkuk besar berisi mi yang sudah siap direbus. Haraki menelan air liur pahit melihat mi putih tembam belaka bagaikan cacing gemuk sihat yang hampir melimpah keluar dari mangkuk itu.
Belum lagi melihat sebilah dagger silver yang terpacak megah di atas meja dapur kayunya.
Budak ni gunakan dagger untuk memasak?
Si 'budak' bertuah itu pula sedang riang memasak sesuatu di kuali sambil bersiul-siul kecil.
Dahi Haraki berkerut. Dia mendekati Nan Hen."Henhen-" Suara Haraki tersekat di kerongkong apabila matanya jatuh pada dua ketul objek bujur yang bergolek-golek riang di dalam kuali yang digunakan Nan Hen
"........"
"Oh, Aki. Lagi sikit je, sekejap lagi siaplah aku masak. Tinggal nak goreng telur je ni." Nan Hen yang terperasan kehadiran Haraki berkata relaks.
Haraki susah payah mencari suaranya yang terasa hilang seketika. "Kenapa kau goreng telur tanpa pecahkan kulit dia?"
Nan Hen, ".........."
Dia menjeling dua biji telur bujur yang masih lagi bergolek-golek ke kiri dan kanan dalam kualinya sebelum berkata yakin,
"Jangan risau, lepas masak kita boleh kopek."
Namun,
POPP!!!Dua biji telur itu pecah meletup kerana suhu yang tinggi.
Dan Nan Hen dan Haraki yang berada berdekatan dengan kuali itu tidak terlepas dari ledakan tersebut.
_______
Sejak hari itu, meskipun Nan Hen sudah pakar memasak, Haraki tetap tidak membenarkan Nan Hen memasak telur goreng.
Kerana melihat Nan Hen dan telur akan menimbulkan semula trauma lamanya.
Ekstra:
Suatu hari ketika Haraki sedang memotong bahan masakannya di atas papan landas,
dahi putih bersihnya berkerut.papan landas ni memang kecil macam ni ke?
(-_-;)・・・
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...