Chapter 142 : Emperor Alluka

602 61 15
                                    

"Ini..." Haraki memandang Emhyr.

"Pergi tengok apa yang terlakar pada batu itu." Emhyr mengisyaratkan dagunya ke arah slate batu di tengah-tengah tiang itu.

Haraki berjalan mendekati kepingan slate yang begitu besar tersebut. Matanya menyoroti slate itu yang dipenuhi lukisan dan juga tulisan.

Dia bermula dari tulisan yang berasa di atas sekali.

Apa yang tertulis merupakan sebuah cerita. Yang turut siap dilengkapi dengan illustrasi lukisan.


Di suatu masa dahulu, wujudnya seekor Solitary beast yang sangat kuat,

Seekor naga dengan sepuluh jenis kuasa.

Namun kerana kekuatannya, naga ini juga hidup dalam kesunyian.

Sehinggalah suatu hari, dia telah menyelamatkan seorang lelaki yang ditemui hanyut di sungai.

Lelaki itu adalah seorang manusia bernama Arslam.

Selepas itu, Arslam menjadi teman baru naga itu. Mereka menghabiskan hari-hari mereka bersama.

Sehinggalah suatu hari, Arslam, seorang manusia biasa namun memiliki otak yang genius telah menemui satu jalan untuk merubah naga itu ke rupa manusia.

Cara tersebut adalah beast itu perlu mengikat satu kontrak dengan manusia, dan kontrak itu diberi nama Soul Merge.

Ia merupakan ikatan kontrak yang paling tinggi, yang mana beast dan manusia itu akan berkongsi satu nyawa. Apabila salah satu tersakiti, maka yang lagi satu pun akan merasai kesakitan yang sama.

Dari kontrak ini, lahirnya shapeshifter yang pertama,

Menjadi seorang perempuan yang dberi nama Evelyn.

Manusia dan naga itu kemudiannya saling jatuh cinta dan berkahwin.

Dan pasangan itu mempunyai seorang zuriat perempuan.

Seekor beast separuh manusia yang diberi nama...

Alluka.


Mata Haraki membulat. 

Alluka, yang dikenali sebagai emperor beast yang pertama itu hakikatnya adalah seorang perempuan?!!

Patutlah Emhyr mentertawakannya semasa dia mengatakan atuk moyangnya adalah Alluka.

Alluka adalah nenek moyangnya!

Haraki menyambung pembacaannya.


Alluka, puteri kepada Arslam dan Evelyn, membesar dengan sihat dan mempunyai ramai kawan beast. Antara kawan paling rapatnya adalah dua belas ekor beast yang berlainan spesis.

Seekor burung phoenix, seekor helang, seekor phyton, seekor basilisk, seekor Golden Tiger, seekor Snow Lion, seekor black panther, seekor Stallion, seekor serigala dan seekor ular silver. Dua lagi rakannya yang lain pula adalah seekor shadow fox dan water hydra, dan kedua-dua beast ini memiliki kuasa istimewa.

Meskipun memiliki ramai kawan, Alluka mempunyai satu impian lain.

Dia teringin berkawan dengan seorang manusia, kaum seperti ayahnya.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now