Sebaik sahaja ketiga-tiga mereka membuka mata, mereka sudah berada di sebuah kawasan lain.
Haraki memandang sekeliling mereka. Sekeliling mereka masih lagi hutan tebal. Namun, hutan tempat mereka berada kini bukan lagi hutan Lumenfantrine.
Tetapi hutan Albergerez.Dahi Haraki berkerut. Apa yang ada di sini?
Momo turut melihat sekelilingnya. Budak kecil itu tiba-tiba terperasan bola-bola cahaya yang terapung pada daun-daun di sekeliling mereka.
Sena ada memberitahunya yang bola-bola cahaya itu adalah manifestasi memori yang tinggal pada tempat itu.
Memori yang penting bagi sesuatu individu yang selalu mengunjungi tempat itu akan perlahan-perlahan terkumpul. Dan jika memori tersebut cukup kuat, memori tersebut akan mula termanifestasi.
Ataupun jika ada berlaku sesuatu peristiwa besar berlaku di tempat itu.
Bola-bola cahaya itu memori milik siapa?
"Aki, nampak tak bola-bola putih tu?" Momo menunding ke arah bola-bola cahaya itu sambil menyoal Haraki.
"Bola-bola putih?" Haraki melihat ke arah yang ditunjukkan Momo. Namun dia tidak melihat apa-apa yang aneh pun. "Aku tak nampak pun."
Haraki menoleh kepada Lao. Lao turut menggeleng tanda dia tidak melihatnya.
Dahi si kecil Momo berkerut. Kemudian dia teringat yang Alex ada menyuruhnya untuk menggunakan spell Divination.
"Cast,"
Momo menyatukan kedua-dua telapak tangannya. Sebentuk Caster Ring terang bercahaya yang sangat besar melingkarinya."Reveal."
Tiba-tiba semua bola-bola cahaya yang berapungan di antara dedaunan itu bagaikan disedut ke caster ring Momo, semakin lama semakin banyak terkumpul.
Sehinggakan Haraki dan Lao pun dapat melihat bola cahaya itu dengan mata kasar mereka.
Kemudian sekeliling mereka menjadi silau terang benderang bercahaya.
Ketiga-tiga mereka refleks memejamkan mata.Apabila cahaya tersebut hilang, Momo membuka semula matanya.
"Razhael,"
Terangkat bahu Momo terperanjat apabila satu suara asing kedengaran betul-betul di sebelahnya.
Apabila Momo berpaling, dia terus terpempan kaku seketika.Di sebelahnya berdiri seorang lelaki penuh karisma. Wajahnya terbentuk cantik memukau dengan sepasang mata redup menenangkan.
Wajah tersebut membuatkan Momo terpesona.
Dia kenal lelaki ini.
Meskipun dia tidak pernah berjumpa dengan lelaki ini.Ini kerana potret gambar lelaki tersebut begitu terkenal sekali di bandar.
Melihat wajah tersebut di hadapan matanya sendiri sangat jauh berbeza perasaannya berbanding melihat potret lelaki itu.
Lelaki ini adalah Harlen, Emperor Qishan yang ketujuh.
Lelaki yang sepatutnya telah lama mati tujuh belas tahun dahulu.
Momo kemudian baru tersedar yang lelaki itu cuma illusi yang ditayangkan semula di bawah spell Divinationnya.
Harlen memang punya aura tersendiri. Hanya dengan imejnya tegak berdiri di situ, manusia dikuasai dengan rasa kagum dan hormat.
Meskipun kini tubuh Harlen penuh dengan luka-luka dan darah.
"Harlen,"
Baru Momo perasan di hadapan Harlen berdiri seorang lagi lelaki yang dikenali Momo sebagai Emperor Razhael.Momo melihat pula sekelilingnya. Mereka kini sedang dikepung oleh sepuluh orang Caster berveil putih dan bertopeng emas. Pada dada mereka terdapat lambang Sect Caster tanpa corak spiral.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantastikDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...