Chapter 91 : Serbuan

437 67 6
                                    


"Jemput duduk, tuan Nash, tuan Seth." Pelawa Rustin sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam rumahnya.

"Terima kasih." Seth dan Nash melabuhkan punggung mereka di sofa ruang tamu Rustin.

"Tuan tinggal sorang di rumah ini?" Soal Nash.

"Oh, tak. Ada isteri dan anak perempuan saya. Tapi isteri saya sedang berkerja di luar sekarang ni. Anak perempuan saya pula jenis yang pemalu, langsung tidak mahu keluar bilik." Cerita Rustin.

"Tuan berdua berehatlah dahulu ya. Saya buatkan air." Sejurus itu, Rustin segera berlalu ke dapur.

"Seth.. macam mana?" Nash terus menyoal Seth sebaik sahaja kelibat Rustin hilang.

"Kita tak pasti lagi sama ada betul-betul ada Gu di dalam badan mereka atau tak. Lagipun perlakuan mereka, gaya mereka macam manusia normal." Seth mengeluh.

Pengetahuan mereka berkenaan Gu tidak dalam. Mereka tidak pasti sama ada manusia yang dijangkiti Gu masih boleh terus hidup apabila Gu tersebut memasuk badan mereka atau tidak. Dan adakah mereka masih hakikatnya seorang manusia yang bernyawa atau boneka semata-mata.

Namun, melihat Rustin, Giev dan penduduk-penduduk lain di bandar ini berbual ceria seperti manusia biasa, sukar untuk mereka mempercayai bahawa mereka ini sudah mati dan bukan lagi manusia.

Nash turut terdiam memikirkan jalan keluar.

Tiba-tiba mereka mendengar bunyi sesuatu dari sisi mereka yang membuatkan kedua-dua mereka menoleh.

Dari sebalik dinding di ruang tamu itu, seorang budak perempuan kecil berambut serabai tidak terurus sedang menyorok dengan sepasang mata tidak berkelip memandang Nash dan Seth.

Kening Seth terjungkit. Ini anak Rustin?

"Hai. Adik anak Rustin ke?" Soal Seth ramah.

Budak itu terus menggeleng-geleng laju, membuatkan Nash dan Seth terpempan.

Kemudian budak perempuan itu berlari mendapatkan Seth, menggenggam erat tangan lelaki itu.
"Tolong."

Wajah budak itu jelas sekali pucat ketakutan. Tangannya yang memegang Seth menggigil hebat.

"Kenapa ni? Ada apa?" Seth terus menyoal. Nash turut merapati mereka.

"Tolong." Itu sahaja yang terlafaz di bibir budak itu dengan matanya memandang ke arah dapur tempat Rustin berada penuh ketakutan. Satu tubuhnya menggigil makin hebat.

"Seth, budak ni tak ada lubang di belakang lehernya." Tutur Nash setelah memeriksa leher budak itu.

"Jangan risau. Bertenang. Kami ada. Tak ada siapa-siapa boleh sakiti adik. Cuba beritahu kami apa yang berlaku." Seth memujuk.

"Lelaki tu.. b-bukan ayah saya. D-dia raksasa. I-ibu pun raksasa. Ada binatang keluar dari badan a-ayah dan masuk ke badan i-ibu. Lepas tu ibu dan ayah dah tak j-jadi m-manusia." Budak itu menerangkan selancar boleh dalam ketakutannya.

"L-lepas tu saya nampak m-mereka makan orang lain. Pak cik bob, Tok ki, cici... semuanya.. kena makan dengan i-ibu dan aya... Huhuhuhu..." Kali ini budak itu tidak mampu bertahan, terus mengalirkan air mata dengan esakannya yang ditahan.

Nash dan Seth saling berpandangan dengan wajah berat. Kemudian Seth memeluk budak itu, menenangkannya.
"Bagus, adik berani sangat kerana mampu bertahan sorang-sorang di rumah ini. Jangan risau. Kami berdua akan lindungi adik." Tutur Seth lembut.

Budak itu mengesat air matanya yang mula reda.

"Dekat stor di belakang rumah.. Ada banyak lagi ibu dan ayah simpan 'makanan." Tutur budak itu lagi.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now