Lord Hakk, bekas ketua clan Phoenix, level holy beast dan Lord Ash Venisse, ketua clan Eagle, yang juga level Holy beast berjalan mendapatkan Hazel."Selamat bertemu, sect Master. Aku Hakk dari clan Phoenix. Ini pula Ash dari clan Eagle. Kami adalah utusan dari emperor beast yang dihantar untuk membantu manusia." Hakk membuka suara memperkenalkan diri.
"Terima kasih atas jasa tuan berdua." Hazel menunduk hormat kepada dua susuk hebat di hadapannya.
Vulture logamnya membuka kembali sayapnya, menyerlahkan manusia di dalamnya yang terpinga-pinga."Berapa ramai lagi?" Hazel menyoal ahli sectnya.
"Dalam seratus lebih lagi, master." Jawab seorang artificier.
"Jangan risau, ambil masa korang. Kami ada." Ash berkata sambil menguap selamba.
Artificier tadi agak kebingungan.
Siapa lelaki ini?
Mana pergi ribuan Gu tadi?"Ash," Suara Hakk tiba-tiba memanggil.
"Kerja kita nampaknya belum selesai.""Hurmm?" Ash menoleh.
Matanya memicing melihat susuk lembaga yang keluar daripada pelbagai arah dari ceruk kota Willand.
Kemudian matanya membesar.Ini....
"Beast?"Terdapat pelbagai jenis beast yang muncul, berjalan ke arah mereka sambil menderam buas penuh bahaya.
Namun tiada beast daripada clan beast yang utama."Apa yang berlaku? Diorang.. dikawal Gu ke?" Ash menyoal Hakk penuh tanda tanya.
Dahi Hakk berkerut. Dia juga tidak tahu.Namun daripada apa yang diberitahu Haraki kepadanya, makhluk Gu hidup dengan memakan soul dimension dalam badan manusia.
Beast tidak mempunyai soul dimension. Secara logiknya, mereka tidak boleh hidup dalam badan beast.Hakk terus menghembuskan aura Holy beastnya, memberikan tekanan kepada beast-beast yang muncul.
Namun sebagai kesan sampingan, manusia-manusia yang masih berbaki turut ditekan aura beast level Holynya.
Dahi Hazel berpeluh.
Ini aura beast level Holy.Sect master itu terus mendirikan barrier menggunakan forged stone bagi melindungi manusia-manusia di belakang mereka daripada tekanan aura Hakk.
Beast-beast yang berjalan ke arah mereka turut ditekan dengan aura tersebut, namun mereka bagaikan dirasuk. Ke semuanya menentang aura Hakk dalam susah payah dan terus meluru laju ke arah formasi teleportasi dengan menggila.
Whooshh!
Hakk terus mendirikan benteng daripada api phoenixnya yang menjulang tinggi ke langit, melindungi formasi manusia di belakang api tersebut.
"Ghawwww!!!"
Alangkah terkejutnya mereka apabila semua beast-beast tersebut seekor demi seekor tidak mempedulikan langsung benteng api Hakk, dan terus melompat masuk ke dalam api tersebut sehingga tubuh mereka rentung terbakar.
Bagaikan dikawal."Aaaaakk~"
Satu bunyi nyaring menarik perhatian Hakk, Ash dan Hazel yang berada di barisan pertahanan paling hadapan.
Seekor beast merak yang besar dan tinggi mengalahkan bangunan-bangunan di Willand Plain muncul berjalan ke arah mereka dengan renungan mata penuh bahaya.
Mata Hakk membesar.
Dia kenal beast ini.Ia merupakan solitary beast Peacock yang hidup sezaman ayahnya.
Tapi... Beast ini sudah lama mati dibunuh oleh manusia.
Jadi bagaimana ia boleh hidup kembali?Mata beast besar itu saat ini hilang sinarnya, tidak mempunyai jiwa. Bagaikan patung yang dikawal sesuatu.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...