Chapter 61 : Tempat Misteri

579 84 3
                                    


Wajah Guy terus berubah gelap. "Apa kau buat, Nan Hen?! Kau nak jadi pengkhianat??!!" Tengkingnya tinggi.

Nan Hen cuma diam tidak membalas bicara Guy. Dia masih tidak berganjak dari hadapan Haraki.

Urat-urat biru mula timbul di dahi dan penumbuk Guy kerana terlampau marah.
Dari dulu lagi dia sudah agak yang Nan Hen ini tidak boleh diharap!

Dia terus melepaskan serangan api dalam bentuk burung phoenix yang terbang laju seperti pancaran kilat ke arah Nan Hen.

Nan Hen pantas ingin mengangkat tangannya untuk bertahan seperti sebelum ini, namun tiba-tiba Haraki merentap tubuhnya ke tepi.

Nan Hen yang langsung tidak menduga tindakan Haraki itu terus hilang pertimbangan, jatuh bergolek-golek ke tepi sebelum berhenti menghempap Haraki dan Momo yang menariknya.

"Apa kau bu-" Nan Hen baru hendak memarahi Haraki, namun bicaranya terhenti apabila dia terperasan sekelilingnya.

"Ini..." Nan Hen cepat-cepat mengalihkan tubuhnya dari atas Haraki dan Momo dan kemudian menarik mereka bangun.

"Kita kat mana ni?" Nan Hen terpinga-pinga melihat sekeliling mereka.

Mereka masih berada di dalam hutan. Namun sekeliling mereka jelas sekali berbeza dengan kawasan tempat mereka berada tadi! Hatta Guy dan Phoenix-phoenix lain tadi juga sudah tiada. Hanya mereka bertiga yang kini berada di sini saat ini!

"Mana diorang pergi?" Dahi Nan Hen berkerut.

Haraki turut meneliti sekelilingnya.

"Banyaknya Sachxres!!" Momo menjerit teruja melihat bunga-bunga biru bercahaya yang kembang mekar di sekeliling kawasan tempat mereka berada.

Bukan itu sahaja, kawasan ini dipenuhi dengan pelbagai lagi bunga lain berwarna-warni memukau mata yang tidak pernah Momo lihat sebelum ini.

Dahi Haraki berkerut. Mereka kini dikelilingi oleh batang-batang pokok yang tinggi melangit yang tumbuh rapat-rapat seolah-olah memagari bunga-bunga yang tumbuh di situ. Semak-semak bunga yang tumbuh di kawasan ini pula membentuk satu lorong jalan.

"Kawasan ini ada barrier." Cetus Haraki. Pokok-pokok yang tinggi melangit itu, Haraki tahu tiada siapa akan berjaya melepasinya.

"Maksud kau, kita tanpa sengaja terentas masuk melepasi barrier yang dipasang kat tempat tadi dan akhirnya tersesat masuk ke sini?" Nan Hen menyoal terkejut

Haraki mengangguk. "Aku rasa."

Tadi, melihat Nan Hen hampir-hampir dibaham api phoenix Guy, Haraki refleks menarik Nan Hen ke tepi untuk mengelak. Pada masa yang sama, ada sesuatu dalam tubuh Haraki yang mendorongnya untuk ke tepi, seolah-olah sengaja ingin menarik Haraki melepasi barrier tersembunyi yang ada di kawasan tadi.

Sekurang-kurangnya, buat masa ini dia boleh melepaskan diri dari beast-beast yang memburunya.

"Aki, kau kenapa?" Terus Nan Hen menyoal. Dia perasan ada yang tidak kena pada Haraki.

Tadi, sewaktu di mahligai Hakk, Nan Hen terdengar bicara pahlawan Phoenix yang melaporkan kepada Guy berkenaan kemunculan Haraki di Albergerez. Nan Hen tanpa berlengah terus mengekori Guy.

Dia pada asalnya cuma duduk di atas dahan pokok untuk memerhati kerana dia tahu yang Guy bukan tandingan Haraki.

Namun dia terpaksa masuk campur apabila melihat Haraki langsung tidak mengaktifkan aura beastnya.

Mujurlah Nan Hen sudah pandai mengawal kuasanya dan tidak lagi bertransformasi ke rupa lain sewaktu menggunakan kuasanya.

"Aku tak boleh gunakan aura beast aku."
"Huh?"

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now