"Tchh."Kenn berdecit bila mana beast itu telah mati dahulu sebelum dia sempat membunuhnya dengan tangannya sendiri.
Dia menyandang busur panahnya semula ke belakang bahu dan berpusing mendapatkan Aiha dan Momo.Momo menelan air liur. Agak takut dengan lelaki yang nampak dingin tak berperasaan itu.
Kenn turun duduk bertinggung di hadapan Aiha lalu membelek tangan budak lelaki itu yang tercedera. Satu keluhan dilepaskan.
"Ini kalau abang kau tahu, mati aku." Ujarnya.
Aiha cuma mampu tersengih tawar.
Kenn meletakkan hujung tapak tangannya di atas lengan Aiha yang sudah merah bengkak itu. Soul forcenya disalurkan ke kawasan lengan Aiha yang tercedera.
Aiha dapat meraskan gelombang tenaga menderu-deru masuk dengan lajunya ke dalam tubuhnya di bahagian tangan.
Rasa sakit yang ditahannya sedari tadi semakin berkurang sebelum akhirnya hilang sama sekali.
Dalam hanya beberapa saat bengkak di tangannya sudah surut dan tulangnya yang patah sudah pun pulih kembali.
Rawatan dalam masa tak sampai seminit ini, tidak dapat disangkal, hanya mampu dilakukan oleh orang-orang tertentu yang mempunyai soul force yang melaut banyaknya dan berlevel tinggi sahaja.Seperti lelaki di hadapannya ini.
"Jangan banyak bergerak sangat. Tulang kau yang patah tu masih belum betul-betul bersambung." Kenn tersenyum lembut, mengusap kepala Aiha.
"Budak, kau okay?" Dia berpaling pula pada Momo.
Momo bagaikan baru tersedar dari lamunannya,
"Eh? Err.. Ahh.. Momo okay." Jawab Momo agak tergagap.
Kenn menghela nafas lega. "Baguslah macam tu. Korang berdua memang sangat bernasib baik. Dah dua puluh dua
orang mati di tangan beast-beast ni, dan korang terlepas dengan hanya sekadar patah tulang tangan.""Dan kau pula budak, langsung tak tercedera apa." Dia tergelak kecil, mencuit hidung comel Momo.
Momo terkebil-kebil memandang Kenn di hadapannya dengan wajah keliru. Masakan tidak, personaliti lelaki ini sekarang yang murah senyuman, santai dan bersahaja sangat berbeza dengan personalitinya sewaktu dia berlawan dengan beast tadi, dingin, beku, tak berperasaan dan sarat dengan aura membunuh. Seakan-akan mereka dua orang yang berbeza.
"Oh ya, tadi aku perasan beast tu dah tak ada sebelah tangan. Kau ke yang buat Aiha? Hebat." Puji Kenn.
"Errr.. Aiha menggaru dahinya. "Taklah. Momo yang buat." Dia menunding pada Momo di sebelahnya.
Kenn terkedu seketika."Budak kecil ni? Macam mana kau buat?" Terus dia menyoal Momo.
"Momo guna forged stone." Jawab Momo polos dan jujur.
" Forged stone?? Kau ada forged stone?" Kenn seakan-akan sukar untuk percaya. Siapa budak ini sebenarnya?
Masakan budak sekecil Momo sudah mampu memiliki forged stone!
Forged stone jenis defense memang senang didapati dan dimiliki oleh siapa-siapa.
Forged stone jenis ini biasanya digunakan untuk membina barrier ataupun ward.Namun forged stone yang digunakan Momo sah-sahlah bukan jenis defense sebaliknya lagi satu jenis forged stone, blaster.
Forged stone jenis blaster berfungsi seperti bom, ianya boleh menghasilkan letupan skala besar yang boleh membuatkan tubuh badan mangsa hancur berkecai!
Senang kata, forged stone merupakan alat senjata berlevel tinggi!
Sebagaimana barrier, senjata ataupun alat magis mempunyai ranking mereka tersendiri.
Alatan Upper realm dan alatan Lower realm.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...