BAB 87

109 12 5
                                    

"JURIFFA... Awak okey?"

Emriel memulakan bicara, memandangkan suasana yang senyap sunyi itu membuatkan dia berasa tegang berada sebilik dengan gadis itu.

"Dah Ju duduk bilik wad ni maknanya okey la, lainlah kalau duduk bilik mayat."

Tegang kuasa dua apabila jawapan selamba Juriffa yang sedang membelek telefon kecil di tangannya menyapa telinga Emriel.

Mendengar sahaja nada Juriffa yang seperti tidak berada dalam mood yang baik itu, Emriel memilih untuk diam sahaja di kerusi sebelah katil Juriffa tanpa berbuat apa-apa.

Sumpah awkward, sepi dan sangat bosan walaupun baru beberapa minit dia di situ.

Juriffa kelihatan sibuk menilik telefon baru di tangannya membuatkan Emriel tak jadi untuk beramah. Sudahlah asyik kena headshot je, memang Emriel tak nak cari pasal dah.

Emriel yang sudah mati kutu hanya asyik meneroka ke menu, sekejap ke peti masuk dan sekejap ke permainan ular di Nokia 3310 miliknya.

Rasa serba tak kena selagi keadaannya dan Juriffa tidak diperbetulkan. Mulutnya terasa gatal sahaja ingin menyelesaikan segala salah faham antara mereka, tetapi dia tidak mahu berbicara ketika Juriffa dingin sebegini.

"Emriel..."

Setelah sekian lama bersandiwara dengan telefonnya, Emriel mengangkat wajah memandang Juriffa yang memanggil namanya.

Rindunya Emriel mendengar namanya dipanggil lembut oleh gadis itu.

"Ya, Juriffa?"

Emriel menyahut ringkas. Panggilan sayang dibuang walaupun perkataan itu sentiasa di hujung bibir apabila terlihatkan gadis kesayangannya itu.

"Ju sebenarnya... Malas nak cakap dengan awak. Tapi Ju terpaksa sebab awak je pro bab-bab telefon ni kan... Tolong carikan nombor Alan jap dalam telefon ni... Ju cari dari tadi tak jumpa... Alih-alih nombor sama je... Kenapa ek..."

Telefon model Nokia yang juga lebih kurang milik Emriel itu bertukar ke tangan Emriel apabila dihulurkan dan Emriel terus cuba untuk berfungsi membantu.

Walaupun berkenaan Alan, Emriel tabahkan sahaja hatinya.

Sekurang-kurangnya Juriffa mahu memulakan bicara juga dengannya. Adalah juga peningkatan positif.

Kenalan dalam telefon itu segera dibelek satu persatu mencari nama Alan, seperti yang diminta gadis itu.

"Hmm... Mana ada nombor Alan... Memang ada nombor mama awak, papa awak, Jebat, dengan nombor saya je. Empat je."

Tutur Emriel tetapi jelas riak wajah Juriffa berubah dan seperti tidak percaya.

"Ish... Takkanlah... Cuba cek betul-betul... Mana tahu ada tersorok mana-mana... Awak cubalah backup ke, mana tahu ada virus ke..."

"Takdelah Ju... Memang takde... Ada empat je."

Emriel cuba memeriksa buat kali kedua tetapi memang nyata ada empat nombor itu sahaja.

Juriffa yang seperti tidak puas hati dengan bantuan Emriel terus merampas semula telefon itu dan membuat carian sendiri.

Ingatkan Emriel profesional, tapi tak. Mana mungkin Alan bagi dia telefon itu pada Juriffa, tetapi tak set nombor Alan sendiri? Tak logik!

"Bak sini balik... Ishhh... Alan cakap dia dah setkan nombor orang yang penting-penting je. Takkan dia tak tahu dia penting dalam hidup Ju...?"

Juriffa mengomel sendirian sambil mencari lagi segala maklumat tentang Alan di telefon itu tetapi satu pun tiada.

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now