take note tau gais, ni sambungan & flashback yang alan ceritakan. dalam ni juriffa is actually juweeta tau. votes naa
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
*******flashback*******
"IT'S your fave song! Jom bee-bee jommm!"
Teruja Juriffa menarik tangan Alan yang duduk di kerusi dan bersandar di bar, tetapi Alan menolak pelawaan penuh sopan, dengan gelengan dan tawa kecil.
Dia bukannya jenis macam tu, suka menari sana sini. Juriffa tak apalah. Buat macam mana pun comel.
"Pleaseee... I bukan paksa you menari, I nak you ada kat samping I jeee, pleaseee???"
Dalam sinaran lampu neon yang asyik bertukar warna, Alan dapat melihat mata bundar yang sengaja dibesarkan itu dan akhirnya dia mengalah.
Mengikut sahaja permintaan buah hatinya dan mereka masuk ke kelompok ramai. Terhibur Alan melihat Juriffa yang menari entah apa-apa.
Excited dia ajak menari macam pandai sangat, tapi menari hentam kromo sahaja!
"Seronoklahhh kat siniii Alan!!! I rasa bebas!!! I can be myself!!!"
Terjerit Juriffa teruja kerana pertama kali dia melangkah ke kelab malam Zouk, begitu juga Alan tetapi Alan kurang berkenan dengan suasana begini.
Alan kan budak seni, lebih sukakan ketenangan. Tetapi Alan tidak tahu, itulah kali pertama dia ke situ dan sudah buat dia trauma besar kepada tempat itu.
"I nak ambil coke jap ea... I dahaga..."
Tutur Alan meminta diri dan Juriffa menjawab dengan anggukan sebelum menyambung dengan tarian gilanya.
Segelas coke diambil di bar dan diteguk.
Melihat Juriffa yang menari keseorangan dengan orang asing di sekelilingnya buat Alan rasa rimas perut.
Dengan lambakan orang yang entah bagaimana hati perut mereka, lagilah Alan rasa tidak selamat membiarkan gadis itu berseorangan.
Alan mengatur langkah semula mendekati Juriffa, tetapi sesuatu entiti yang mendekati Juriffa yang memakai hoodie yang hampir menutup wajahnya buat Alan semakin tidak sedap hati.
Tambahan, entiti tersebut yang tidak menari seperti orang lain buat Alan semakin syak wasangka.
Mata mereka bersabung seketika, dan jantung Alan semakin berdebar laju.
Semakin Alan mendekati Juriffa, semakin entiti itu juga mendekati Juriffa daripada belakang.
Apabila melihat tubuh berhoodie itu semakin dekat dan tiba-tiba tangannya diangkat tinggi...
Dengan sebilah pisau!
"Juriffa!!!!!!!!!!!"
Tangan Juriffa terus ditarik kuat menyebabkan gadis itu terdorong ke hadapan dan jatuh tersembam ke lantai.
Alan sudah tidak fikir apa, yang pasti entiti tadi memang ingin menikam Juriffa!
"Heyyy!!!!!! Sini kau!!!!!!!"
Suasana sedikit menjadi kelam-kabut tetapi muzik yang masih rancak berkumandang menenggelamkan kepanikan orang lain.
Hanya ada beberapa orang terdekat cuba membantu Juriffa untuk bangun manakala Alan hanya fokus mencari lelaki misteri tersebut.
Entiti memakai hoodie tersebut segera melarikan diri dalam lambakan orang ramai dan begitu juga Alan yang cuba mengejar sehingga akhirnya dia melangkah keluar daripada Zouk dengan nafas yang sedikit tercungap.
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm