"JU Ju Ju Ju Ju Ju Ju Ju Ju Ju Ju Ju Ju Ju Ju Ju Ju Ju Ju Juuuu!!!"
Juriffa di dapur mengerutkan dahi apabila terdengar namanya dipanggil bertalu-talu dari ruang tamu.
Yang membuatkan dia pelik... Suara macam dikenali...
Tapi tak mungkin orang berlagak macho macam Jebat tiba-tiba memanggilnya seperti orang gila.
Tapi siapa je lagi lelaki dalam rumah ini yang mempunyai suara serak garau basah semua sekalilah kalau bukan Jebat!
"Jangan bagitau Jebat tau Ju kat sini!"
Daripada duduk memotong bawang Holland bersama Emriel di meja makan, terus Juriffa turun daripada kerusi dan menyembunyikan diri di bawah meja makan.
Emriel hanya mampu menggeleng melihat perangai Juriffa. Sudahlah dia dicari, boleh pulak menyorok.
"Riel. Kau nampak Juriffa?"
"Nampak."
Tiba-tiba sahaja isi betisnya dicubit kuat oleh makhluk di bawah meja membuatkan mata Emriel terjegil sedikit, sakitnya bukan biasa-biasa. Level kena sengat semut api.
"Kat mana?"
"Dalam fikiran sebab dia selalu bermain di fikiran saya. Hehe."
Memang itu pun sebenarnya Emriel nak cakap dari awal. Bukannya dia nak membongkarkan persembunyian Juriffa pun!
Dan kemudian belakang betisnya diusap lembut pula dengan tangan di bawah meja tersebut. Tahu pun rasa bersalah!
Tiba-tiba kerusi berhadapan Emriel yang tadinya tempat Juriffa ditarik oleh Jebat dan lelaki itu melabuhkan punggung di situ.
Juriffa tersenyum seronok. Seronok sebab dapat mendengar perbualan abangnya dan Emriel tanpa mereka dua ketahui! Mesti Jebat nak cakap sesuatu pada Emriel.
"Emyelll..."
Lembut suara Jebat memanggil dan penuh manja membuatkan Juriffa sepertinya tidak percaya langsung dengan telinga sendiri.
Jebat mana pernah selembut tu! Tidak cukup dengan itu, hampir terjatuh rahang Juriffa melihat tiba-tiba Jebat menggeselkan kakinya dengan kaki Emriel dari lutut ke tumit kemudian ke lutut semula.
Mulut yang ternganga besar segera ditutup dengan telapak tangan.
Astaga! Kenapa Juriffa rasa macam tengah tengok scene drama gay ni!!!
"Ye, oppa?"
Suara lembut milik Emriel pula membuatkan Juriffa masih tidak berkelip melihat Emriel pula membalas geselan kaki Jebat di bawah meja.
Setan punya bakal suami!
"Aku... Hmm..."
"Kenapa, oppa? Oppa nak cakap apa?"
Juriffa sudah menggigit lengan sendiri akibat terlalu geram dengan adegan gay manja yang dilihatnya.
Diorang nak tunjuk apa ni?! Emriel bukannya tak tahu dia menyorok di bawah sini!!! Tapi kenapa melayan Jebat dengan nada romantik sekali?!
Bunyi pisau diletakkan ke meja oleh Emriel menambahkan lagi panas dalam darahnya. Ni mesti scene nak saling berpegangan tangan kan?!!!
"I love you, Emyel... Kau la cinta yang aku cari selama ni..."
Seraya Jebat menuturkan itu terus kaki mereka berdua di bawah meja dikarate sekuat mungkin oleh Juriffa yang sudah lama memeram rasa geram.
Tak guna selama ini lelaki yang dicintainya dan abangnya yang dipercayai gay!!!

ANDA SEDANG MEMBACA
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm