Dua bulan kemudian...
"AKU terima nikahnya Juriffa Natrah Binti Iskandar dengan mas kahwin 300 ringgit tunai..."
Beberapa kali audio yang sama diputarkan di telefon pintar Juriffa sehingga Emriel terpaksa merampas telefon pintar itu dari tangan berinai itu.
"Dah-dahlah tu play video sama, kan suami awak ada kat sebelah ni..."
Tegur Emriel, geram dengan perangai Juriffa yang sibuk bermain telefon pintar di meja makan beradat pengantin itu.
"Hahaha... Ju sukalah tegok... Macam unreal tau... Macam tak percaya kita dah kahwin... Yeayyy!!!"
Emriel hanya tersenyum, merelakan Juriffa yang sudah bergelar isterinya memeluk lengannya walaupun dia tengah enak menjamu selera.
Lagi suatu pasangan pengantin di sebelahnya iaitu Jebat dan Izzah hanya memandang Juriffa tidak puas hati.
Macamlah dia sorang je kahwin.
"Makanlah sayang... Nanti lapar nanti. Nanti Ju tak ada tenaga pulak nak sapa tetamu."
Zamri yang turut terlibat dalam makan beradat itu juga menegur puterinya yang masih belum menjamah sebarang makanan.
Padahal makanan pengantin yang dihidangkan seperti siakap stim, ayam masak merah dan steak daging amatlah enak dan menaikkan selera semua orang.
"Tak ada selera. Tengok suami pun dah kenyang."
Usik Juriffa yang masih tidak lepas memandang Emriel yang sudah sah menjadi suaminya dua jam yang lalu.
Hanya satu lafaz berwalikan Zafril, Juriffa sah menjadi isteri kepada Emriel.
Emriel tiada pilihan lain selain hanya menyuap isterinya yang enggan menyentuh makanan itu dan Juriffa hanya patuh makan.
Dia sebenarnya memang tunggu Emriel suap pun.
Nasiblah kali ni Emriel faham hint yang diberikannya.
Banyak tetamu yang hanya memerhatikan dua mempelai itu bermanjaan, berbeza pula Jebat dan Izzah yang boleh makan berdikari sendiri.
Atas keputusan suka sama suka, majlis perkahwinan Juriffa dan Jebat dijalankan serentak di sebuah hotel milik Aafieq kerana lelaki itu beria hendak sponsor.
Entah apalah mimpinya tetapi sudah rezeki dan free, semua malas menolak.
Makanan pula disponsor sepenuhnya oleh katering dari Z's Café, jadi memang tak perlu nak fikir macam-macam dah.
Juriffa dan Izzah sama-sama mengenakan sepasang pakaian gaun pengantin berkain satin berwarna putih manakala Emriel dan Jebat segak bergaya berpakaian tuksedo hitam.
Dengan sekali lafaz sahaja Juriffa dan Izzah telah sah menjadi isteri kepada dua orang lelaki sengal itu.
Seorang kurang bercakap, seorang terlebih cakap, sangat melengkapi buat mereka berdua.
"Hizzah hasa hak hasak herah hi hacam manis hangat?"
Soal Jebat sambil mengunyah nasi dan ayam masak merah yang disuap oleh isterinya atas permintaan jurukamera yang sedang merakam detik-detik romantis itu.
"Taklah. Okey je, pedas pun okey-okey je. Tapi taklah manis sangat."
"Ooo... Mungkin sebab abang terlalu banyak tengok Izzah kot... Semua jadi manis."
Usik Jebat dan Juriffa yang kedengaran sudah buat riak ingin termuntah.
"Jebat..."
"Apaaa..."
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm