"DAH sampai, princess."
Tercengang seketika apabila tiba-tiiba sahaja keretanya diparkir di dalam suatu kawasan yang sangat dikenali, kolejnya.
Fokus betul dia menghayati perjalanan sampaikan tiba di kolej pun dah tak sedar.
Iyalah, bila lagi nak acah-acah music video. Biasanya dia je memandu kereta, tetapi kali ini Emriel pula memandunya.
"Hey, turunlah? Kang saya bawak balik awak kang."
Keluhan besar dilepaskan gaya budak tadika malas ke sekolah dengan wajah muramnya.
"Malaslah... Rasa tak semangatlah... Riel... Awak bagi kiss sikit boleh?"
"Boleh je."
Emriel mengangguk dengan senyuman.
"Boleh ke?"
Teruja Juriffa bertanya, tidak menyangka Emriel ni sporting betul dalam bermaksiat.
"Boleh blahhh...! Dah turun."
"Alaaaaaaaaa tak sporting ah... Itu tak olehhh ini tak olehhh..."
Automatik wajah seronok Juriffa bertukar cemberut. Menyampah betul suka bagi harapan palsu.
Seraya itu beg sandang di tempat duduk belakang dibawa kasar ke hadapan sehingga terkena kepala Emriel. Boleh pulak dia buat TikTok Challenge pagi-pagi ni.
"Opppssiesss... Maaf tersengaja, hihihi."
Emriel mengetap bibir geram sambil menggosok kepalanya. Boleh pulak gadis itu tersengih sambil menutup mulut tanpa rasa bersalah. Nak balas dendamlah tu!
"Bukakan pintu jap?"
"Japlah... Bak tangan dulu... Kiss tangan bolehlah..."
Juriffa menyeringai tersenyum apabila mood manja Emriel onz.
Kedua-dua belah tangan dihulurkan kepada pemuda itu untuk dicium tetapi tangannya langsung tidak bersambut.
"Oh, ada tangan rupanya. Bukaklah pintu sendiri."
Juriffa segera menjatuhkan tangan dengan keluhan besar. Tak guna betul si Emriel ni!
Juriffa segera keluar daripada perut kereta dan memandang lelaki itu dari luar dengan senyuman geram.
"Balik nanti singgahlah kedai mana-mana beli mainan."
"Untuk apa?"
Emriel menyoal setelah mendengar arahan Juriffa. Tiba-tiba je. Rasanya kalau untuk Emilia, lambat lagi birthdaynya.
"Untuk awaklah. Biar awak sibuk main mainan, sampai tak sempat mainkan perasaan Ju."
"Alah... Janganlah emo... Camni, camni... Nanti kalau kita dah kahwin, satu muka awak tu saya kiss."
"Yeayyy kahwin!!!"
Juriffa terjerit kecil dengan wajah yang kembali girang sehingga beberapa orang yang lalu lalang di situ melihatnya hairan. Dah kenapa perempuan ni.
"Okeylah, hati-hati tau drive. Mata tu straight je sampai rumah okey. Jangan gatal nak tengok perempuan-perempuan tepi jalan tau."
"Kalau perempuan tengah jalan?"
"Langgar je."
"Baik maam..."
Emriel mengangguk lemah. Juriffa punya overthinking ni memang over betul. Tapi tiba-tiba otak Emriel mula ligat berfikir sesuatu...
Tak tahu kenapa sejak pulang daripada rumah Joe tempoh hari, otaknya asyik terfikirkan pembunuh je...
Juriffa ke...? Kenapa Juriffa suruh langgar je...? Dia cakap gitu sebab dia jeles ke dia psycopath...?
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm