BAB 62

163 22 33
                                    

TAPI sebab apa Juweeta bunuh diri?

Itu sahaja soalan yang sentiasa bermain di minda Juriffa. Bukan Juriffa seorang tetapi sekeluarga dan termasuk Aafieq. Kenapa tak ada bukti langsung yang Juweeta tinggalkan...?

Tak mungkin! Pasti ada sesuatu yang Juriffa tak tahu atau terlepas pandang! Takkan Juweeta sekejam tu kot nak biarkan adiknya hidup dalam rasa keliru dan bersalah macam ni. Selagi Juriffa tak tahu sebab Juweeta bunuh diri, selagi tu Juriffa takkan berhenti menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku.

Juriffa bangun dari katil dan mula menyelongkar semua almari yang ada di segenap kamar arwah Juweeta. Semuanya diperiksa dengan sangat teliti daripada buku nota, catatannya jika ada benda yang pelik. Namun tiada. Lagipun ini sudah kali keberapa dia menilik semua barang Juweeta sejak tiga tahun yang lalu. Tak ada langsung surat apa yang terselit atau suicide note ke apa... Nampak sangat tiba-tiba.

Tiba-tiba mata Juriffa tertancap kepada Apple Macbook Air milik Juweeta yang tersimpan elok di sebuah laci berdekatan katil. Itu ialah komputer riba yang digunakan Juweeta untuk pembelajaran di kolej. Juriffa tak pernah pun buka tapi entah kenapa malam ini dia terasa hendak membukanya. Macbook diletakkan di meja belajar dan Juriffa segera menghidupkannya. Rasanya ini sahaja barang arwah Juweeta yang Juriffa kurang ambil perhatian kerana setahu Juriffa, Juweeta jenis yang menggunakan laptop hanya untuk belajar, bukannya melayan media sosial, menonton filem atau lain-lain.

Password Macbook? Mudah. Nasib Juriffa seorang sahaja tahu, jujuweeriftafa. Macbook berjaya diakses dan gambar latar belakang utama terpampang gambar mesra Juweeta berambut lurus dengan Alan yang sedang memandang sesama sendiri. Kan dah kata... Juweeta lebih kenal dan rapat dengan Alan, bukannya Juriffa!

Seluruh folder komputer telah dibuka satu per satu oleh Juriffa. Yang ada hanyalah tugasan assignment dan folder gambar Juweeta dan keluarga, serta Juweeta dan Alan. Biar betullah...

Google chrome dibuka dan dibiarkan seketika. Nak cari apa niii, sumpah Juriffa buntu. Tetapi Juriffa masih yakin yang Juweeta pasti tinggalkan sesuatu.

Bahagian 'History' pada chrome diklik dan... Yang ada hanyalah google mail. Juriffa tiada pilihan lain selain membuka emel Juweeta yang sudah bersawang dengan mesej-mesej tak penting di inbox. Kemudian bahagian 'starred' dengan bintang kuning diklik.

Mata Juriffa berhenti berfungsi seketika apabila melihat ada sebuah emel dari draft yang mempunyai subject 'Yes Juriffa... This is the suicide note you searched for...' Tidak cukup dengan itu... Tarikh emel itu ditulis adalah... Tarikh malam yang sama... Juweeta bunuh diri...

Juriffa seakan tidak percaya dengan apa yang ada di depan matanya sekarang... Jemarinya sedikit menggigil untuk membawa anak panah ke emel tersebut. Ya... Memang ini yang dia cari... Tapi dia sendiri seakan belum bersedia untuk mengetahui kebenaran yang mungkin tertulis pada emel tidak berhantar tersebut...

Macam mana... Kalau Juweeta menyalahkan apa yang berlaku kepada dirinya...? Macam mana kalau... Juweeta sebenarnya tidak bunuh diri tetapi dibunuh? Macam mana, macam mana, macam mana... Overthinking mula menguasai fikiran Juriffa sebelum dia menarik nafas dan membuka fail mesej emel tersebut.

Tidak semena-mena tubir matanya automatik menakung air mata. Sumpah dia takut tetapi dia ingin tahu. Penat hidup dalam penuh persoalan dan asyik salahkan diri sendiri... Berbekalkan sedikit keberanian, anak matanya perlahan-lahan cuba dibawa ke setiap perkataan yang telah ditaip...

My dear, Juriffa Natrah...

I guessed you have found this. Yes, this is my suicide note... Kakak tak tahu sama ada semasa Ju jumpa surat ni dah berapa tahun kakak meninggalkan Ju dan keluarga. Atau mungkin Ju tak pernah jumpa langsung surat ni...

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now