Come along with me and don't be scared,
I just wanna set you free,
Come on, come on, come on...DUSHHH!!!
Pipi maskulin Emriel menjadi mangsa tumbukan seorang lelaki yang jauh lebih sasa daripadanya.
Emriel yang tadinya berdiri sudah tertolak ke belakang gara-gara tumbukan padat itu. Tepi bibirnya dipegang sedikit. Pedih dan pijar! Tetapi setitik darah pun tiada.
Hmm... Tak cukup lagi ni...
"Kau punya tumbukan tu macam tumbukan pondan! Lembik! Kau kata kau gangster? Gangster apa jadahnya camni?!"
Emriel menengking kuat ke arah lelaki tersebut yang bermuka bengis dan bertatu penuh di lengannya yang besar dan terdedah kerana lelaki itu cuma mengenakan sehelai singlet hitam.
Sengaja Emriel memanaskan lagi bara api di belakang lelaki gangster yang amat terkenal dengan nama Joe Piranha itu. Memang seronok kena pukul ni!
"Kau jangan nak cabar aku ha... Kalau kau nak aku bunuh kau pun aku mampulah weh! Cuma... Aku kalau berdepan dengan orang miskin ni... aku lemah weh... Tak sampai hati pulak aku nak bunuh."
Selesai sahaja menuturkan bicara, Joe ketawa sinis sambil memandangnya. Meluat Emriel mendengarnya.
Entah apa yang lawak pun Emriel tidak tahu. Lucu sangat ke kalau dapat menghina dirinya?
"Kau nak tahu sebab apa aku tak sampai hati nak bunuh orang miskin macam kau?"
Masih dengan nada sinis dan senyuman menjengkelkan. Joe bertanya kepada Emriel yang memaparkan wajah tidak kisah langsung itu. Sudah biasa dengan pukulan mental sebegini.
"Sebab bagi aku, kalau bunuh ni, menderita kau tu sekejap sangat. Tapi kalau biarkan kau hidup dalam kemiskinan macam sekarang ni, memang kau akan menderita sampai kau mati macam ibu kau mati baru-baru ni."
Tiba-tiba darah merah yang tadinya tenang mula berkocak dan menaiki ke wajahnya yang agak cerah itu.
Memang pantang betul bila ada yang mengingatkan dia kembali kepada arwah ibunya yang baru meninggal minggu lepas.
Fikirnya dia keluar untuk mengambil angin dan mengasingkan diri sebentar daripada realiti kehidupan yang menyedihkan tetapi... Lelaki ini memang mencari pasal!
"Arghhhhhh!!!"
Tanpa dikawal Emriel meluru ke arah Joe dengan penumbuk yang dikepal lama sejak tadi.
Joe sempat ditepis dan akhirnya tumbukan Joe yang lebih besar dan padu itu mengenai wajah Emriel membuatkan tubuh sasa Emriel hilang kawalan dan serta-merta jatuh ke atas jalan tar di lorong itu.
Terasa ada cecair yang mengalir di tepi bibir. Sekali lagi tangan kanannya mengelap bibir yang sepastinya sudah pecah itu. Yeah. Dah berdarah.
Tetapi dia nak sampai dia tak rasa apa-apa! Kalau boleh belasah sampai dia mati! Dia tak sanggup lagi hidup dalam keadaan sebegini!
"Rasakan... Berani kau cuba-cuba nak sentuh muka ganas aku ni?"
Joe tertawa sinis melihat Emriel yang bangun untuk duduk daripada terbaring tadi tanpa sebarang kata.
Melihat wajah Emriel yang sedikit berkerut itupun dia sudah tahu anak muda itu sedang sakit tetapi tak nak mengaku! Berlagak!
"Ha... Tak boleh bangun? Baru kena tumbukan pondan pun dah tak boleh bangun?"
Joe memerli kepada Emriel yang hanya duduk dan langsung tidak mencuba untuk bangun itu. Dah patah pinggang ke apa budak ni?
Huh... Lantaklah! Asal dia tak mintak pinjam duit lagi, sudah! Oh, pasal duit!
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm