BAB 100

69 12 22
                                    

do votes and comment gais ;)

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

SEGENAP ruang tamu Alan yang cukup megah dan mewah itu dipandang penuh teruja oleh Juriffa.

Besar betul vila Alan, jauh lebih besar daripada vila Juriffa, tetapi jelas terasa sangat sunyi.

"Sini, Ju... Jom pergi sembang kat studio I kat tingkat atas...? You larat jalan tak...?"

Prihatin Alan menyoal kepada Juriffa yang bertongkat di ketiak kirinya itu dan Juriffa mengangguk dengan senyuman.

Baru Alan hendak menawarkan diri untuk membantu, segera Juriffa mengelak dan menaiki anak tangga sendiri.

Alan hanya menghormati dan membawa gadis itu ke sebuah bilik studio seni di tingkat atas dan pintu segera dibuka untuk Juriffa.

"Woaaa..."

Terpesona Juriffa melihat pelbagai jenis lukisan di atas kanvas yang digantung di segenap bilik serta ada juga yang terletak di atas kayu easels.

Walaupun bilik studio tersebut hampir penuh dengan pelbagai warna cat, tetapi cukup kelihatan estetik dan kemas.

"Cantiknya your art..."

Seperti hilang rasa sakit kaki Juriffa teruja bergerak daripada satu lukisan ke lukisan yang lain.

Lukisan Alan semuanya sangat profesional, tiada skop seni. Semua dia ambil. Gambar pemandangan, haiwan, corak abstract, close up, everything.

Kemahiran Alan dalam seni memang tidak dapat dinafikan, chocolate art yang dilakukan dengan air coklat pada baju Juriffa dulu itu cuma terlalu asas berbanding seni yang sedang dia saksikan.

"You are also a piece of art, Juriffa."

Tuturan Alan buat Juriffa tersenyum segaris. Terlalu teruja dia dengan karya Alan sehingga lupa niat asalnya ke sini.

Tetapi sungguh, memang sentuhan karya Alan sangat terperinci dan hebat sehingga memukau perhatiannya.

Juriffa terus berjalan perlahan hingga tiba di sebuah kanvas yang terletak di atas easel, tetapi bertutup dengan sehelai kain selendang.

Juriffa memandang ke arah Alan di sisinya dan lelaki itu mengangkat kening dengan senyuman, seolah memberi keizinan untuknya untuk melihat isi lukisan.

"May I...?"

"Sure... Tapi you kena teka, siapa yang I lukis. Kalau you salah, I nak you jawab semua persoalan I."

Tanpa membuang masa, dengan penuh rasa ingin tahu, Juriffa segera mengubah selendang knit merah jambu yang melindungi kanvas tersebut dan apa yang dilukiskan Alan buat dia memandang lelaki itu dengan senyuman lebar.

"Are you joking Alan, suruh I teka muka I sendiri? This is me."

Wajah Juriffa didekatkan ke sebelah wajah terlukis di kanvas itu untuk dibuktikan kepada Alan bahawa sangat seiras, tetapi Alan menggeleng.

Wajah Alan yang dihiasi senyuman cukup hambar itu buat senyuman ceria Juriffa turut luntur.

"No."

"It's obviously me, Alan."

"It's not you. I yang lukis, I tahulah tu siapa."

Jawapan Alan yang kedengaran agak serius automatik buat Juriffa sedikit gentar.

Takkanlah... Alan dah tahu...?

"But that's my face..."

"Juriffa... Just tell me the truth..."

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now